Tuesday, July 16, 2013

Ucapan Tajuddin Abdul Rahman merupakan contoh model bagi “politik Ramadan” sebagaimana disarankan Najib

Terserah Najib tentukan provokasi perkauman Tajuddin
KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di Parlimen berkata, terserah kepada Datuk Seri Najib Razak menentukan sama ada pembohongan dan provokasi perkauman oleh Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, kelmarin selari dengan seruan “perdamaian kebangsaan” dan inisiatif “Global Movement of Moderates” anjuran Perdana Menteri.

Kelmarin, katanya, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman sudah menyempurnakan lawatan selama tujuh hari ke tiga negara di Eropah iaitu Poland, Latvia dan Russia untuk mempromosikan inisiatif “Global Movement of the Moderates”.

Bagaimanapun, Kit Siang berkata, pada hari yang sama, Tajuddin terbabit dalam ekstremisme dengan menyebarkan pembohongan dan provokasi perkauman pada PRK Kuala Besut yang bertentangan sama sekali dengan ikrar menjadikan PRK ini sebagai model bagi “politik Ramadan” yang terkawal dan bermoral sebagai menghormati bulan suci itu.

“Mungkin tiada ucapan yang lebih padat dengan pembohongan dan provokasi selain yang disampaikan Tajuddin di Kuala Besut, kelmarin apabila beliau tanpa sebarang bukti mendakwa DAP ingin menghapuskan sistem monarki berperlembagaan dan kesultanan untuk mewujudkan sebuah negara republik, selain menuduh DAP sebagai anti-Melayu dan Islam,” katanya dalam kenyataan di Parlimen, semalam..

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, pada Disember 2011, beliau telah mencabar Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muyiddin Yassin untuk mengemukakan bukti atau meminta maaf atas pembohongannya ketika berucap pada perhimpunan agung tahunan Wanita, Pemuda, dan Puteri UMNO, secara tersirat menyatakan DAP mahu menghapuskan kesultanan Melayu dan menubuhkan sebuah republik.

Bagaimanapun, katanya, Muhyiddin tidak melakukan kedua-duanya menunjukkan betapa rapuhnya komitmen pemimpin nombor dua dalam kerajaan UMNO/BN itu terhadap kebenaran, kesucian moral dan integriti.

“Pemimpin UMNO terpaksa menggunakan pembohongan dan provokasi perkauman dalam bulan Ramadan yang suci untuk mempertahankan kerusi DUN yang dianggap kubu kuat UMNO yang kononnya boleh menangi semula dengan majoriti undi meningkat pada PRK kali ini menunjukkan pemimpin UMNO semakin terdesak kerana merasakan politik perkauman yang tidak bertanggungjawab dan sembarangan itu sedang digugat hebat pengundi di seluruh negara yang lebih bermaklumat dan bijak.

“Najib selalu menyebut bahawa UMNO perlu berubah, jika tidak UMNO akan diubah. Apakah Najib mampu membawa perubahan dalam UMNO dan mula mengambil pendirian tegas terhadap pembohongan dan provokasi perkauman yang disebar Tajuddin di Kuala Besut kelmarin, atau beliau akan terus membisu walaupun pembohongan itu menjejaskan sama sekali usaha “perdamaian kebangsaan” dan inisiatif “Global Movement of the Moderates?,” katanya.-Roketkini.com

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular