Friday, January 13, 2012

Tak ada Pilihanraya yg "Bersih dan Adil" -Tan Sri Abd Rashid (+Video Wacana Perdana 9)

Sesi perbahasan oleh 1. YB Dato' Hj Husam Musa, 2. YB Dato' Nazri Abdul Aziz dan mantan pengerusi spr, 3. tan sri abd rashid

Dibawah ni klip video dari YOUTUBE

Bekas duta Amerika jangka PRU13 paling kotor

Jan 12, 2012 Pilihan raya umum ke-13 dijangka “paling kotor” kerana pemimpin Umno yang tercemar dengan rasuah akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus berpaut pada kuasa, kata bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott.

Dalam ulasannya di Wall Street Journal hari ini, Malott (kiri) menulis walaupun Datuk Seri Najib Razak kini mendapat rangsangan politik akibat pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat, pentadbiran perdana menteri Malaysia itu secara umumnya dilihat terpalit dengan rasuah.

"Rakyat melihat rasuah semakin berleluasa dan merasakan bahawa penyokong Umno seperti biasa, sentiasa mahu membuat duit dari kontrak kerajaan.

"Ramai rakyat Malaysia kini menggunakan perkataan 'kleptokrasi' atau penyamun untuk menggambarkan kelas pemerintah mereka," tulis Malott, yang pernah berkhidmat di Kuala Lumpur antara tahun 1995 dan 1998.

Malott berkata persepsi orang ramai bahawa tiada pemimpin Umno mahu bertindak menangani amalan itu, dapat dilihat baru-baru ini dalam skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Persepsi ini diburukkan lagi oleh hakikat bahawa Najib membisu tentang skandal terbaru," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular