Thursday, January 12, 2012

MILIK SIAPAKAH CEK RM300K INI

Siapa Azalina Bte Othman? jangan suruh wiki, really3line yang citer, so citer habis2…

Malasnya.. guna wiki pun malas ke, nanti jadi macam kementerian pertahanan Malaysia, Poke The Eyes…

Maaf. kali memang betul2 tak boleh bagi, sila wiki sendiri…

Apa kaitan penama di atas dengan cek tu?

Cek yang tertera di atas adalah sekeping cek yang dikatakan telah dibayar oleh syarikat milik AJK UMNO Bahagian Pasir Gudang, Dato’ Yahya Abd Jalil, Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd (AMPMSB) kepada penama yang tertera di dalam cek itu.

Bayar untuk apa ye?

hm…. buat masa sekarang really3line tak pasti lagi… tapi berita itu akan meyusul nanti.

Banyak tu RM 300, 000.00 macam2 benda boleh buat tu dengan wang banyak tu..

Betul, memang banyak, tapi mungkin ia tidak cukup untuk membeli mana mana kondo mewah di Malaysia mahupun di Singapura. Akan tetapi ia cukup banyak untuk membeli kereta di bawah ini dengan harga cash!
Wah! Smart… Siap ada air brush Bruce Lee lagi..

Ye, bukan itu sahaja, jika anda bijak mengunakan wang tersebut dan pandai membuat urusan tawar menawar, anda juga mampu untuk membeli kereta dibawan ni dengan cash jugak!
Wah Toyota Alphard… tak pernah naik kereta ni.. mengidam rasanya.. hm…

Sabar2 bukan itu sahaja, jika anda seorang yang masih muda, dan memerlukan gaya serta penampilan yang akan mencairkan ramai orang, anda tidak perlulah beli kedua kereta ini. Akan tetapi dengan nilai duit diatas itu, ada lebih baiknya anda beli sahaja kereta dibawah ini dengan mebiat nilai duit diatas tadi sebagai deposit.
Wow! Porsche Carrera S, kalau dapat kereta ni, rasa takde rumah pun takpe, tido dalam kereta je.. pun ok, takde sape nak marah lah…Berani, Marah lah..

Akan tetapi jika anda adalah orang orang kebanyakan dan orang kecil dan rakyat biasa, adalah lebih baik anda gunakan wang tersebut sebagai pelaburan dalam Beli Kondo & Apartment atau Penternakan Lembu.

Sekian. - really3line

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular