Saturday, January 14, 2012

Tiada p'raya sehingga tunai janji pembaharuan

NONE
Jan 13, 2012 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berharap untuk memanggil pilihan raya umum tidak lama lagi, demikian menurut satu laporan, ketika spekulasi semakin kencang bertiup mengenainya, ekoran pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat.


Tetapi dalam temubual dengan Dow Jones Newswires, Najib berkata beliau tidak akan memanggil pilihan raya umum sehingga menunaikan janjinya untuk melaksanakan pembaharuan demokrasi.

Najib mesti memanggil pilihan raya menjelang 2013, tetapi spekulasi semakin kencang minggu ini yang beliau mungkin berbuat demikian dalam tempoh beberapa bulan sebelum pembangkang menguatkan kedudukan mereka selepas pembebasan Anwar.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri yang disingkirkan pada 1998, telah berjuang bertahun-tahun lamanya menentang parti pemerintah yang pernah dianggotainya sebelum ini, yang telah memerintah Malaysia sejak mencapai kemerdekaan dari British pada 1957.

Minggu ini, Anwar dibersihkan daripada tuduhan meliwat seorang pembantunya pada 2008. Anwar berkata kes itu bertujuan menyingkirkannya dari arena politik. Kesalahan liwat boleh dihukum penjara di Malaysia.

"Saya berharap masa yang sesuai (untuk memanggil pilihan raya) tidak lama lagi, tetapi kita masih perlu menunaikan janji-janji kita dan ia penting bagi rakyat dapat merasakan yang pembaharuan yang kita janjikan itu akan benar-benar memberi manfaat kepada mereka," kata Najib.

Berdepan dengan pengundi yang semakin canggih yang menuntut
kebebasan sivil dan penyudahan kepada dakwaan salahguna oleh parti pemerintah, Najib berjanji pada tahun lepas untuk memperkenalkan pelbagai pembaharuan.

Ia termasuk rancangan untuk memansuhkan undang-undang era penjajahan yang membolehkan tahanan tanpa bicara dan undang-undang lain yang dilihat dijadikan alat untuk menutup mulut lawan kerajaan.

Najib dijangka mula memperkenalkan undang-undang ganti yang telah dijanjikannya akan lebih lembut semasa pembukaan sesi Parlimen pada bulan Mac.

Komen temubualnya membayangkan pilihan raya tidak akan diadakan sehingga selepas itu.

Berikutan keputusan mahkamah Isnin lalu, Anwar berikrar untuk memberi tumpuan kepada persiapan untuk pilihan raya akan datang untuk menawan Putrajaya. Mkini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular