Saturday, January 14, 2012

Indahnya Madrasah Salihiah Yang Bakal Dibina - Tertutup Rapat Tohmahan UMNO


Pelan dan reka bentuk surau baru di kompleks beli belah Aman Central bagi menggantikan Madrasah Salihiah dipersetujui Kerajaan Negeri Jumaat lalu, selepas beberapa pindaan dibuat.


Exco Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, surau satu setengah tingkat dengan seni bina bercirikan Islamik moden ini menggunakan cermin separa lut sinar yang dibina atas keluasan 4,800 kaki persegi.

“Saya harap dengan adanya ilustrasi reka bentuk surau ini akan melenyapkan segala tohmahan terhadap Kerajaan Negeri kononnya masih belum mempunyai perancangan mengenai surau baru yang bakal dibina.

“Kedudukan surau ini seolah-olah berasingan walaupun ia adalah sebahagian daripada kompleks beli belah itu. Selain menampakkan ciri-ciri Islamik di bahagian hadapan dan tepi, surau ini dibina dengan kelebihannya iaitu boleh diakses dari luar tanpa perlu masuk ke dalam bangunan kompleks,” katanya.

Amiruddin yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) berkata, sebuah kubah dan menara turut dibina pada sisi hadapan surau yang bercirikan Timur Tengah di bahagian luar.

Menurutnya, amat jelas imej surau itu adalah tempat beribadat umat Islam, dengan kapasiti yang mampu memuatkan 400 jemaah pada satu masa.

“Ia lebih menyerupai sebuah masjid berbanding peranannya sebagai surau. Surau ini termasuk tempat wuduk dibahagikan kepada dua bahagian berasingan untuk lelaki dan wanita, menjadikannya sebuah surau yang selesa untuk beribadah.

“Kesemua jemaah solat di tingkat bawah, manakala bahagian atas berkeluasan 1,600 kaki persegi menempatkan ruang bermesyuarat, aktiviti, stor termasuk pejabat pengurusan surau,” katanya.

Mengenai kerja merobohkan bangunan Plaza Tunku Yaacob terbengkalai lebih 30 tahun lalu, Amiruddin berkata, ia kini berjalan lancar dan dijangka selesai sebelum Tahun Baru Cina.

“Kesemua bangunan lama terbengkalai akan dirobohkan dahulu dan dijangka selesai sebelum perayaan, manakala bangunan perabot bersebelahan menyusul selepas itu. Bangunan Madrasah Salihiah paling akhir dirobohkan,” katanya.

Menurutnya, difahamkan pemaju akan memulakan kerja menanam cerucuk terlebih dahulu sebelum melakukan kerja merobohkan bangunan terakhir, yang dijangka dijalankan sekitar Mac. -SH
INDAH: Model surau yang bakal dibina di tapak Madrasah Salihiah. | foto SH

WarkahDaily -- Apa kata geng-geng Umno-BN yang hipokrit konon pembela kesucian Islam, cantik tak model surau moden yang bakal dibina oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah tu? Jangan malu nak ngaku ya!!!

Kerajaan PR pun reti buat pembangunan moden wahai Umno-BN. Tapi beza PR dengan BN, PR lakukan sesuatu berdasarkan manfaat umum, bukan untuk individu perseorangan atau pemimpin tertentu untuk bolot projek.

Kerajaan PR Kedah dah ganti yang lagi bagus selepas perobohan yang lama, tapi di Terengganu, Masjid Bujal di Kijal, Kemaman yang diroboh kerajaan Umno-BN, sampai hari ini tiada ganti.

Apa kata 'Sheikh' Fathul Bari, bila nak adakan program jihad untuk Madrasah Al-Islahiyah pula? Kedah pun enta sanggup pi, kat Perlis depan mata je, tak kan tak nak buat. Kerajaan Kedah dan mula proses pembinaan surau yang baru dan moden sebagai ganti yang lama.
Masjid Bujal di Kijal, Kemaman yang diroboh kerajaan Umno-BN Terengganu belum ada ganti lagi pun. Ada ganti ke?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular