Friday, January 13, 2012

Gobala, TV3 dan Utusan di saman..

Jan 12, 2012 Peguam Manjeet Singh Dhillon menfailkan saman RM2.5 juta terhadap ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan tiga lagi yang didakwa memfitnahnya tahun lepas.

Selain Gobalakrishnan, peguam itu menamakan wartawan Utusan Malaysia Raja Syahrir Abu Bakar, Utusan Melayu (M) Berhad dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai defendan.

Beliau menfailkan saman itu melalui Tetuan Americk Sidhu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 September tahun lepas.

Media memperoleh salinan penyataan tuntutan itu hari ini.

Manjeet Singh turut menuntut gantirugi teladan, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Dr Prasad Sandosham Abraham menetapkan 9 Februari untuk pengurusan kes selepas bertemu pihak terbabit dalam kamarnya hari ini.

Manjeet Singh diwakili peguam Americk Sidhu, TV3 oleh Jason Wee dan Kenn Gee manakala peguam Hasnal Rezua Merican mewakili Gobalakrishnan dan Sarah Abishegam pula mewakili Raja Syahrir Abu Bakar serta Utusan Melayu. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular