Thursday, January 12, 2012

Lu Saman!! Gua pun boleh Saman!!!

Shamsul: Saya pun boleh saman Perkasa
KUALA LUMPUR 12 Jan: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak ada halangan sekiranya Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) mahu memfailkan saman terhadap beliau.

Ia ekoran desakan beliau meminta pertubuhan itu menafikan penglibatan mereka dalam insiden letupan berhampiran Mahkamah Jalan Duta pada Isnin lalu.

Sebaliknya, kata Shamsul, beliau juga boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pertubuhan itu kerana memutar belitkan kenyataannya.

“Saman itu adalah hak Perkasa.. saya bersedia untuk menjawab persoalan yang dikemukakan sekiranya mereka benar ingin mengemukakan saman. Tetapi saya juga mempunyai hak untuk menyaman mereka sekiranya dakwaan mereka kosong,” kata Shamsul.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka itu mengulas laporan portal Sinar Harian hari ini yang memetik kenyataan Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mahu mengkaji tindakan perundangan ke atas beliau.

“Biar lah mereka nak saman..tapi isu yang saya bangkitkan di dalam media ialah saya membuat desakan kepada Perkasa menafikan mereka terlibat dalam insiden letupan itu.

“Ini kerana mereka juga kelompok yang berada di situ (mahkamah),” “Saya fikir mungkin Perkasa tidak dapat membezakan desakan untuk menafikan dengan tuduhan,” ujar beliau yang juga seorang peguam.

Dalam pada itu, Shamsul meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap laporan Utusan Malaysia yang kononnya memetik sumber polis dengan mendakwa bom berkenaan dibawa peserta himpunan 901.

“Mengapa Utusan Malaysia melabel hanya satu kumpulan iaitu penyokong kempen Anwar Bebas sahaja yang terlibat (insiden letupan), sedangkan ada kumpulan-kumpulan lain termasuk penyokong Saiful dan Perkasa,” tegas beliau.

Sehingga kini, katanya, tidak ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak polis mengesahkan laporan berkenaan.

“Sekiranya tidak betul mereka (Utusan) harus membuat jawapan balas atau mengemukakan kenyataan atau sumber dari pihak polis.

“Ia perkara sulit. Mana boleh perkara itu bocor kecuali pihak polis sendiri mahu membocorkan, sebab itu perlu ada jawapan segera dari PDRM. Kalau tidak rakyat akan semakin hilang kepercayaan terhadap pihak polis,” katanya. - KeadilanDaily

PERKASA MAHU SAMAN KETUA AMK

"Kami pimpinan Perkasa ketawa besar bila Ketua AMK Shamsul Iskandar (Mohd Akin) bertanyakan apakah berkemungkinan Perkasa mendalangi letupan bom di pekarangan Mahkamah Jalan Duta." Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali.

Ketua AMK Shamsul Iskandar yang merupakan seorang peguam juga mencabar pertubuhan pembela hak orang Melayu itu menafikan pembabitan mereka dalam insiden Isnin lalu, yang terjadi sejurus selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah.

"Apakah wujud kemungkinan bahawa insiden letupan tersebut didalangi oleh ahli Perkasa?" kata Shamsul Iskandar

Syed Hassan seterusnya berkata, "mudahnya Shamsul Iskandar buat pengandaian begitu." Dengan sinis beliau menjawab cabarlah yang "susah sikit, yang masuk akal."

"Kami kalau nak, boleh juga menuduh mereka sendiri yang letupkan sebab terfikir juga jika Anwar bersalah, nak tunjukkan rakyat terlalu marah biarpun rakan sendiri yang kena,".

"Macam Amerika sanggup bunuh rakyatnya sendiri dengan letupkan menara berkembar di New York semata-mata nak tuduh al-Qaeda. katanya lagi

"Tapi, Perkasa bukan jenis macam itu nak mudah tuduh. Tambah lagi Perkasa anjurkan solat hajat pada 8 Januari minta negara pada keesokan harinya 9 Januari terus aman tanpa ada huru-hara,".

"Shamsul janganlah senang-senang nak 'spin' kenyataan (Presiden Perkasa) Datuk Ibrahim (Ali). Presiden kami hanya kata Perkasa sedia membantu pihak polis jika terjadi ketegangan pada 9 Januari.

Cukuplah putar belit kenyataan orang, kepada Shamsul dari mencabar Perkasa supaya Perkasa menafikan, baik cabar Anwar Ibrahim serahkan DNAnya secara sukarela atau cabar Anwar lakukan sumpah laknat di masjid seperti mana Saiful lakukan.

Aman negara kalau Anwar berani lakukan sumpah laknat," katanya. – Sinar Harian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular