Tuesday, January 10, 2012

Isu Dr Hassan Ali ~ Olahan Putera Idaman


Assalamualaikum...

Dari Putera Idaman Via Fb


‎1. SAYANG....Semangat Islamnya tinggi tp kurang memahami fiqh politik..Nak bawa Islam mesti penuh strategi...

2. PAS memecat dr Hassan Ali bukan kerana DAP, bukan kerana 901, bukan kerana soal Anwar, tetap beliau telah membelakangi 'manhaj' dan disiplin parti, beberapa kali membuat kenyataan terbuka yg mengkritik pandangan dan dasar parti walaupun sudah diberi amaran berkali2.....NAMUN PAS tetap beri peluang utk membuat rayuan...kalau beliau ikhlas bersama jemaah, beliau akan kembali membuat rayuan..jika tidak??...faham2lah sendiri...

3. Syeikh Qaradhawi, Muhd Al Ghazali, Syd Sabiq dll pernah diambil tindakan oleh Ikhwan Muslimin. Namun mereka menunjukkan keikhlasan dan kekal bersama perjuangan Islam hingga penghujung usia...Ketika Muhd Al Ghazali dipecat, Hasan Hudhaibi berkata:

"Kami memecat beliau bkn sebagai menafikan ilmu dan tawadhu'nya, tetapi kepentingan menjaga disiplin dalam kerja jamaah adalah diutamakan."

4. Barbalik persoalan pemecatan keahlian ini, PAS tak pernah gugurkan perjuangan Islam. Tp hanyalah strategi seperti mana strateginya Nabi Saw membawa Islam sehingga terpaksa gugurkan Kalimah Bismillah dan Rasulullah dlm Perjanjian Hudaibiyah.

5. Gugur kalimah bukan bererti gugur perjuangan...Gugur kalimah 'islamic State' dan swing kpd 'welfare state' hanya semata2 strategi yg langsung tak bercanggah dgn Islam..

6. Insyaallah, Majlis Syura Ulama' dipenuhi tokoh agama dan orang2 alim, mereka pastinya arif dan sudah melakukan 'istikharah' sebelum membuat keputusan..

7. Pada HASSAN ALI, anda boleh perjuangkan perjuangan dan cita2 anda melalui NGO, luar drpada PAS...sbb PAS ada perlembagaan, PAS bukan milik individu, tapi jemaah, kena faham fiqh politik dan adab jemaah kalau nk sertai haraki PAS...lepas ni kalau nak pakai tv3, Utusan Malaysia hari2 pun xpa...=)

Selamat berjuang diucapkan kepada Hassan Ali...kpd harakah islamiah (PAS), teruskan perjuangan!..ALLAHUAKBAR!! 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular