Wednesday, November 23, 2011

PRU 13 : Umpan sudah tukar ka???

500,000 pelajar swasta turut dapat RM100
Kerajaan bersetuju meluaskan bantuan persekolahan RM100 setiap seorang kepada 500,000 pelajar sekolah swasta di seluruh negara membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi menghadapi persekolahan tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata peruntukan kepada pelajar sekolah swasta sama ada sekolah agama rakyat atau sekolah swasta Cina itu diputuskan memandangkan kerajaan tidak mahu pelajar terbabit merasakan diri mereka terpinggir.


"Kita memikirkan mereka juga akan berhadapan dengan sesi persekolahan yang memerlukan bantuan pakaian sekolah dan sebagainya. Mereka ini juga menghadapi masalah yang sama seperti pelajar sekolah kerajaan.

"Jadi, kita beri keadilan kepada semua yang bersekolah. Kita prihatin kepada masalah rakyat," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat dengan penduduk kawasan peti undi Kampung Kluang, Rengit, di Batu Pahat, malam tadi.

Sehubungan itu, Mohd Puad mahu guru besar atau pengetua sekolah swasta dapat mengagihkan bantuan tersebut kepada pelajar dalam sedikit masa lagi tanpa membuat sebarang pemotongan.

Terdahulu berucap pada majlis tersebut beliau meminta semua rakyat pelbagai kaum di negara ini supaya terus mengekalkan semangat perpaduan seperti yang dicetuskan oleh pasukan bola sepak Harimau Muda yang berjaya mengekalkan pingat emas dalam pertandingan akhir bola sepak Sukan SEA ke-26.

Pada majlis yang dihadiri oleh lebih 1,000 orang penduduk itu, Mohd Puad yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO turut menyampaikan bantuan kerusi roda kepada tujuh Orang Kurang Upaya (OKU), bantuan cermin mata dan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular