Wednesday, November 23, 2011

30 maut pertempuran di Mesir

KAHERAH: Angka kematian akibat pertempuran antara penunjuk perasaan dengan anggota polis di Mesir kini mencecah 30 orang, demikian angka terbaru dikeluarkan Kementerian Kesihatan apabila keganasan terbaru memasuki hari keempat hari ini.


Dua lagi maut di Kaherah semalam, menurut kenyataan yang dipetik agensi berita MENA selepas kumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan polis di perkarangan ibu pejabat Kementerian Dalam Negeri yang berhampiran dengan Dataran Tahrir.

Polis dikerah untuk mengawal keadaan selepas penunjuk perasaan menuntut agar Mesir dibebaskan daripada pemerintahan tentera.

Lebih 10,000 penunjuk perasaan berkumpulan di Dataran Tahrir untuk menuntut peralihan kuasa tentera kepada awam. - AFP

Mesir huru-hara

Mesir huru-haraKAHERAH - Mesir bakal berhadapan kekacauan politik buat kali kedua di negara itu dalam tempoh sembilan bulan, apabila penunjuk perasaan mula merancang protes besar-besaran, minggu ini, bagi menamatkan peme­rintahan tentera yang didakwa cuba merampas kuasa.

Tidak cukup dengan itu, seluruh barisan Kabinet Mesir turut memberikan surat perletakan jawatan kepada Majlis Tertinggi Tentera sekali gus menandakan ketidakstabilan politik berpanjangan akan berlaku di negara dengan penduduk paling ramai di Timur Tengah itu selepas penggulingan Presiden Hosni Mubarak.

Protes besar-besaran terbaru bermula sejak minggu lalu dengan lebih 20,000 penunjuk perasaan memenuhi Dataran Tahrir di Kaherah selepas pembunuhan 33 orang oleh pihak berkuasa, Sabtu lalu.

“Rakyat mahu Tantawi berundur!” adalah antara laungan penunjuk perasaan yang merujuk kepada ketua majlis tentera, Mohamed Hussein Tantawi iaitu bekas menteri pertahanan yang berkhidmat selama 20 tahun di bawah Mubarak.

Sehingga kini, majlis tentera belum memberi keputusan sama ada akan menerima perletakan jawatan Kabinet yang dibuat hanya beberapa hari sebelum pilihan raya pertama bermula, Isnin depan. SH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular