Wednesday, November 23, 2011

Ibrahim Ali sesak nafas.... mintak nyawa...

Dalam nak bodek Ibrahim Ali telah mengesahkan memang undi pos dari Anggota Tentera telah digunakan untuk meningkatkan undi kepada UMNO/BN..

Ibrahim Ali mahu kem tentera dibina di Pasir Mas

Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ.

"Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata. Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Ibrahim berhujah bahawa Kem Briged Kelapan di Desa Pahlawan, dekat Pasir Mas di Kelantan, tidak terletak di tempat yang betul.

"Ancaman sebenarnya di sempadan dengan Thailand. Di mana Pasir Mas bertemu Rantau Panjang. Di situlah berlakunya penyeludupan, dengan dadahnya," katanya.

Beliau bertanya sama ada kementerian berkenaan mempunyai rancangan untuk memindahkan kem tersebut atau membina satu lagi di kawasan pilihan rayanya, dengan peringatan tersirat kepada kerajaan persekutuan bahawa satu batalion tentera akan bermakna sejumlah besar pengundi dari kalangan anggota tentera untuk BN .

Pakatan Rakyat telah menyuarakan kebimbangan mengenai penyalahgunaan undi pos oleh pengundi di kalangan anggota tentera dan pasangan mereka untuk meningkatkan sokongan kepada BN.

Ini merupakan salah satu kebimbangan yang dibangkitkan kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

'Serban pun boleh terbang'

Ibrahim juga menggesa supaya pangkalan kecil Tentera Laut Diraja Malaysia di tempatkan di Kelantan, yang berdepan dengan Laut China Selatan, dan antara lain, berdepan dengan masalah pelarian Vietnam.

"Bila Jepun takluk kita dulu, mereka datang dari Kelantan, naik kat pantai di Kota Bharu...Tapi hari ini di Kelantan tak ada pertanahan."

Sehubungan itu, Ibrahim menggesa Kementerian Pertahanan menggunakan kapal selam Scorpene bagi meredakan modal politik PAS, yang konsisten mengkritik pembeliannya.

"Hantar satu kapal selam Scorpene ke Kelantan. Saya jamin yang beribu orang akan keluar tengok. Dan jika boleh biar saya bagi syarahan dari atas kapal Scorpene. Untuk bagi penerangan umum."

"Mereka telah selalu dengar PAS berceramah, yang Scorpene ini harganya berbillion dan tak boleh nak selam pun.

"Menteri Besar pun boleh tengok... kemungkinan serban pun boleh terbang bila tengok scorpene ni." Malaysiakini

BERAHIM ALKATAKI KEMARUK UNDI POS PULAK DAH...

SIMPATI juga saya apabila mendengar rintihan MP Pasir Mas, Ibrahim Ali atau yang lebih dikenali sebagai Berahim alkataki di dalam Parlimen hari ini. Seolah-olah beliau sudah tahu dan merasai bahawa beliau akan hilang deposit di Parlimen Pasir Mas di dalam PRU ke 13 nanti, maka keluarlah usul yang orang bijak pandai tidak akan mengusulkannya.

Malaysiakini melaporkan, Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ.

"Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata.
Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat (Malaysiakini).

Kenapa perlu di Pasir Mas? Terlalu banyakkah komunis atau pengganas di kawasan beliau sekarang sehingga perlunya kem tentera di bina di situ? Setahu saya, di Pasir Mas yang banyak adalah katak-katak puru kerana di situ menetapnya `raja katak'. Tidak ada idea lainkah MP Pasir Mas untuk bercakap di dalam Dewan? Paling tidak, beliau boleh bercakap soal perpindahan ternakan katak puru kepada ternakan lembu seperti yang keluarga Shahrizat lakukan.

Nampak sangat kemaruk Wakil Rakyat bebas ini kepada `undi pos'. Cukup-cukuplah Najib sahaja yang bergantung dengan undi pos. Beliau selaku Presiden Perkasa jangan buat malu jemaah Perkasa pula kalau menang pilihanraya pun dengan undi pos./wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular