Friday, November 25, 2011

Lagi sindiket IC untuk warga asing dibongkar

5 orang suspek bersama seorang ‘dalang’ kad pengenalan utk warga asing
Pihak polis bersama Pemuda PAS dan penduduk setempat telah berjaya menahan 5 orang suspek bersama seorang ‘dalang’ yang memberi kad pengenalan kepada warga asing dalam kejadian yang berlaku di Pusat Latihan KIWA berhampiran tepi lebuh raya menuju Lapangan Terbang Antarabangsa [KLIA] daripada IPD Sepang semalam.

Didapati ‘dalang ’tersebut adalah orang yang sama terlibat di dalam penganjuran “Kursus Keusahawan” di Astana Dugang Desa Putra, Sepang pada 12 Oktober yang lalu. Dalam kejadian tersebut, polis menahan kelima-lima suspek yang mempunyai kad pengenalan KOD 71. Seorang penduduk tetap yang berjaya ditahan oleh orang awam berjaya melarikan diri.

Ekoran daripada kejadian ini, Pemuda PAS menuntut penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri untuk memberikan penjelasan terhadap kejadian yang berlaku ini. Pemuda PAS telah membongkar kes seperti ini sebanyak dua kali berturut-turut pertamanya pada 12 Oktober 2011 di Astana Dugang dan terbarunya adalah semalam [23 November 2011] di Pusat Latihan KIWA. Pemuda PAS sangat kesal kerana pihak menteri masih lagi tidak memberikan jawapan mengenai perkara ini sejak dibongkar oleh Pemuda PAS pada kes yang pertama.

Terdapat juga aduan daripada orang awam bahawa wujudnya sindiket menjual kad pengenalan kepada warga asing. Pemuda PAS juga menuntut pihak polis membuat siasatan lanjut mengenai aduan ini kerana ianya berkaitan isu keselamatan dan maruah negara.

Mohd Adram Musa
Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat

[Keadilan Daily] KUALA LUMPUR: Satu lagi operasi sindiket memberi MyKad kepada warga asing di Pusat Latihan KIWA yang dilakukan di tepi lebuh raya menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), terbongkar.

Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda PAS, Pusat Adram Musa berkata, pihaknya sudah membuat laporan di balai polis Sepang.

“Polis mendapati lima suspek sudah dapat IC (kad pengenalan) bernombor 71 iaitu lahir luar dari Malaysia. Ini menunjukkan wujud skandal pemberian IC dan salah urus peraturan undang-undang dalam negara. Lima warga asing ditahan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Bagaimanapun, Adram hairan kerana penganjur sindiket berkenaan adalah individu sama dalam kes yang dibongkar sebelum ini.

“Kita curiga, penganjurnya sama dalam kes di Astana Dugang Desa Putra berhampiran Putrajaya tempoh hari,” kata Adram.

Sebelum ini sindiket sama yang ada kaitan dengan pemberikan MyKad kepada warga asing untuk tujuan pilihan raya, dikesan di sebuah resort berhampiran Putrajaya.

Enam bas membawa warga asing ke resort berkenaan tetapi polis membuat penafian dan memberi alasan tak masuk akal, kononnya warga asing di Istana Dugang Country Resort itu menghadiri kursus keusahawanan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular