Friday, November 25, 2011

APA LAGI HUJAH UMNO UNTUK MENAFIKAN ROYALTI HAK RAKYAT KELANTAN?

Ordinan Darurat 1969 yang menetapkan bahawa negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut. Ordinan ini telah dimansukhkan apabila Perdana Menteri membentangkan usul menarik balik ordinan ini pada hari Khamis lalu. Pemimpin-pemimpin UMNO selama ini berhujah bahawa Ordinan inilah yang menghalang Kelantan mendapat royalti minyak. Sila rujuk :


Mansuh Ordinan Darurat 1969: PETRONAS WAJIB Bayar Royalti Petrolium Kelantan Darul Naim
20hb. Februari, 2010, KERAjaan melalui akhbar-akhbar proksinya telah mengeluarkan iklan penuh 1 mukasurat (rujuk keratan akhbar diatas) dengan tajuk: Penjelasan Isu Tuntutan Hasil Petrolium Negeri Kelantan.

Antara hujah-hujah KERAjaan dalam iklan berkenaan ialah (gua siarkan entri penuh penjelasan dibawah):

Semua negeri termasuk Kelantan bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974. Semua Negeri yang mendatangani perjanjian dengan Petronas pada tahun 1975/76 akan mendapat bayaran tunai sebanyak 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dalam negeri berkenaan.

1. Apakah istilah yang disebut dalam Akta kemajuan Petroleum 1974 mengenai pembayaran hasil minyak dan gas?

Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah "bayaran tunai" sebanyak 5% dan perkataan "royalti" tidak digunakan dalam mana-mana istilah Akta berkenaan.

2. Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan Negeri tahun 1975/1976?

Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun 1969).

3. Adakah Kerajaan Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semanjung berhak menuntut bayaran tunai hasil minyak dari Petronas?

Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semanjung tidak berhak kerana semua telaga minyak dan gas ynag mengeluarkan hasil di semenanjung pada masa ini berada di luar perairan wilyah negeri melebihi 3 batu nautika. Oleh yang demikian apa-apa hasil ynag diperolehi di luar perairan negeri melebihi 3 batu nautika adalah hak milik Kerajaan Persekutuan.

4. Apakah kedudukan Sabah dan Sarawak dalam isu pembayaran royalti?

Sebelum tahun 1974, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak teleh sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta kuatkuasa Akta Pelantar Benua 1966. Ia merupakan sejarah dan hak istemewa yang diiktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan bayaran Wang Ehsan?

Wang Ehsan adalah sumbangan atau bantuan yang disalurkan berasaskan budi bicara Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri termasuk Kelantan. Sumbangan ini adalah di luar skop/bidang kuasa Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian yang ditandatangani antara Petronas dan kerajaan negeri pada tahun 1975/76. Bantuan ini diberikan adalah semata-mata atas kesedaran dan tanggungjawab berasaskan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap kebajikan negeri dan rakyat.

6. Mengapakah Wang Ehsan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan hanya berjumlah kira-kira RM20 juta?

Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan ini atas dasar ehsan berhubung dengan gas yang dihasilkan di kawasan perairan Persekutuan. Kerajaan negeri kelantan tiada hak dalam kawasan itu kerana ianya di luar perairan 3 batu nautika.

7. Apakah kedudukan kenyataan dari bekas Pengerusi Petronas, YB Tengku Razaleigh Hamzah bahawa royalti patut dibayar kepada negeri Kelantan dari hasil petroleum yang diperolehi dari luar perairan negeri tersebut serta mempertikaikan pemberian Wang Ehsan.

Kenyataan YB Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata. Sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

YB Tengku Razaleigh Hamzah pernah menjelaskan bahawa kerajaan PASA Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedududkan Wang Ehsan kerana wang disalurkan selama ini walaupun atas nama royaliti minyak, bukanlah hak negeri.

Beliau juga menyatakan semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar "wilayah" mereka (Bernama - 1Novembe, 2000).

Walaupun YB Tengku Razaleigh Hamzah telah mengubah pendiriannya pada masa ini, kedudukan undang-undang masih tidak berubah. Rakyat dan negara wajib menghormati undang-undang negara.

8. Apakah Ketua Pembangkang maklum tentang kedudukan hak kerajaan-kerajaan negeri dalam hal ini?

Berdasarkan kedudukan peruntukan perundangan yang sedia ada, Ketua Pembangkang sedar kerajaan negeri tidak ada hak terhadap apa-apa bayaran tunai atau royaliti berkaitan hasil petroleum yang diterokai di luar perairan wilayah negeri. Oleh keran itu, Ketua Pembangkang pernah cuba mengusulkan cadangan pindaan Akta kemajuan Petroleum 1974 di Parlimen pada Disember 2009 yang lalu.

Dengan itu Ketua Pembangkang sendiri menyedari bahawa kerajaan negeri Kelantan tiada hak atas mana-mana telaga minyak atau gas yang berada dalam kawasan Persekutuan.

Diterbitkan oleh: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Malaysia
Sekarang kita pergi kepada hujah no 2 pada iklan tersebut dimana KERAjaan menyebut bahawa:
2. Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan Negeri tahun 1975/1976?

Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun 1969).
Seterusnya gua pergi pada tarikh 24hb. November, 2011:
Najib bentang usul mansuh tiga proklamasi darurat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini membentangkan usul memansuhkan tiga Proklamasi Darurat pada persidangan Dewan Rakyat.

Tiga proklamasi yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong itu adalah:Proklamasi Darurat 1966, Proklamasi Darurat 1969 dan Proklamasi Darurat 1977.

Proklamasi Darurat 1969 dikeluarkan pada 15 Mei 1969 berikutan rusuhan kaum pada 13 Mei tahun itu.

Proklamasi Darurat 1966 dan Proklamasi Darurat 1977 yang masing-masing dikeluarkan pada 14 September 1966 di Sarawak dan 8 Nov 1977 di Kelantan bertujuan menyelesaikan pertikaian politik yang berlaku di kedua-dua negeri berkenaan.

Perdana Menteri, semasa membentangkan usul itu, berkata langkah memansuhkan proklamasi darurat itu dilakukan berikutan keadaan yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam pada masa proklamasi itu berkuatkuasa, tidak lagi wujud pada masa ini.

Katanya, apa-apa ordinan yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat berkenaan dan undang-undang yang dibuat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan semasa Proklamasi Darurat itu akan terhenti berkuatkuasa selepas tamat tempoh enam bulan dari tarikh Proklamasi Darurat itu dibatalkan.

Beliau juga menyifatkan pembatalan perundangan itu sebagai penting lagi bersejarah, dan sama berani dengan langkah-langkah pemimpin terdahulu untuk mengisytiharkan darurat.

"Pembatalan Proklamasi Darurat tersebut itu membuktikan bahawa kerajaan sentiasa bersedia untuk melakukan pembaharuan dalam undang-undang negara supaya selaras dengan kehendak semasa dan mengukuhkan lagi usaha kerajaan untuk memastikan negara ini sentiasa maju ke hadapan.

"Tindakan ini juga diambil kerana kita percaya dengan kematangan rakyat Malaysia," katanya.

Katanya, langkah pemansuhan proklamasi berkenaan ialah fasa kedua terhadap Program Transformasi Politik (PTP) seperti yang diumumkan sempena sambutan Hari Malaysia September lalu.

Fasa pertama membabitkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933.

"Justeru, kerajaan akan membentangkan rang undang-undang yang perlu pada Mac tahun 2012," katanya.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri sempat membidas pembangkang yang sanggup menjanjikan apa sahaja bagi mendapatkan sokongan rakyat.

"Ujian sebenar bagi sesebuah kerajaan adalah melakukan sesuatu apabila ia sedang berkuasa berbuat demikian. Lantas, jika masih belum membentuk kerajaan, maka kita dapati pihak tertentu boleh saja secara sembrono menjanjikan bulan, bintang mahupun cakerawala Bima Sakti.

"Barangkali juga mereka mengatakan, 'cubalah dahulu', namun saya yakin dan saya pasti bahawa rakyat Malaysia tidak akan sekali-kali tega memperjudikan masa depan mereka secara melulu, sebaliknya akan terus memberikan kepercayaan mereka kepada barisan kita, yakni 'the tried and tested' (dicuba dan diuji)," katanya.

Merujuk kepada perkembangan dan pengisytiharan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO & juga Presiden Barisan Nasional, gua amat-amat bersetuju dengan kenyataan dibawah:

PM Perlu Isytihar Kelantan Berhak Dapat Royalti.

Ahli parlimen PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat satu perisytiharan bahawa Kelantan berhak mendapat bayaran royalti petroleum.

Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) ketika membahaskan usul pembatalan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat berkata, dengan pembatalan Ordinan Darurat 1969, bermakna sekatan royalti kepada Kelantan juga perlu dihentikan.

Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut.

"Inilah hujah yang digunakan Datuk Seri Nazri Aziz sewaktu menggulung perbahasan kami dalam isu royalti bahawa Kelantan tak berhak mendapat royalti.

"Jadi dengan pembatalan ordinan ini pada pagi tadi, jelas PM mesti kembali isytiharkan bahawa Kelantan berhak mendapat royalti," katanya pada sidang media selepas itu.

Turut serta pada sidang media itu, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Membuat desakan lanjut, Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, tidak ada guna pembatalan tersebut jika perkara-perkara yang diwartakan dibawahnya masih kekal dikuatkuasa.

Pagi tadi Najib membentangkan usul membatalkan Proklamasi Darurat yang masih berkuat kuasa selepas lebih daripada 40 tahun ia digubal.

Ianya adalah Perisytiharan Darurat 1966 di Sarawak, Perisytiharan Darurat 1969 di Persekutuan dan Perisytiharan darurat 1977 di Kelantan.

Suruhanjaya siasatan

Sementara itu, Dr. Dzulkefly menggesa satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan bagi mengkaji semula kesan penggubalan ordinan darurat itu sejak 40 tahun lalu terhadap hak asasi manusia.

Selain itu, beliau turut meminta kerajaan khususnya menteri di jabatan perdana menteri menyenaraikan ordinan yang digubal sepanjang tempoh darurat itu dikuatkuasakan. Perisik Rakyat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular