Friday, November 25, 2011

Naib presiden SPDP dipecat kerana tentang parti

Naib Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Datuk Sylvester Entri dipecat daripada parti itu hari ini kerana kesalahan menentang parti, demikian diumumkan oleh Presiden SPDP Tan Sri William Mawan.

Beliau adalah juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Marudi.

Empat pemimpin yang menyokong beliau terdiri naib presiden kanan dan Adun kawasan Tasik Biru, Datuk Peter Nansian, naib presiden dan Anggota Parlimen Mas Gading, Datuk Dr Tiki Lafe, ketua penerangan yang juga Adun Batu Danau, Paulus Palu Gumbang, dan anggota majlis tertinggi parti dan Adun kawasan Bekenu, Rosey Yunus, dianggap tidak lagi memegang jawatan parti, lapor Bernama.

"Hari ini merupakan hari paling sedih dalam kerjaya politik saya. Selepas melalui proses dan perbincangan dengan Majlis Tertinggi, saya dengan rasa sedih, mengumumkan bahawa Entri bukan lagi anggota SPDP buatkuasa serta merta," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi SPDP selama jam di ibu pejabat parti di sini hari ini.

Mesyuarat itu juga menetapkan bahawa Dr Tiki tidak akan dicalonkan semula untuk bertanding di Mas Gading kerana beliau bukan daripada kalangan "calon boleh menang", kata Mawan. - Malaysia Kini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular