Thursday, November 24, 2011

Fitnah umno tak menjadi!!! Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus

APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.

Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.

Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.

Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?

Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

KES MAHKAMAH

Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

PENYELIDIKAN AWAM

Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.

Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."

AMARAN & PANDUAN

Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

•Kematian
•Kanser
•Ruam Kulit
•Luka Kanser
•Kelunturan Warna Gigi
•Masalah Gastrik
•Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
•Keracunan Saraf
•Kanser Tulang
•Keretakan Tulang
•Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
•Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!

Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.

Dapatkan maklumat lanjut di : http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/

SUMBER MAKLUMAT:

Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaan

http://www.fluoridealert.org/

Gigi reput: Utusan melulu tanpa pandangan pakar
Berita muka depan Utusan Malaysia (Rabu, 24 November 2011) yang mengaitkan gejala kereputan gigi di kalangan kanak-kanak di Kelantan adalah disebabkan hanya lima daripada 29 loji rawatan milik Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang mempunyai sistem pemfluoridaan atau 17.9 peratus adalah disifatkan terlalu melulu dan kesimpulan yang dibuat tanpa pandangan pakar.

Untuk berlaku adil dari segi fakta, tanpa kita menafikan kebenaran fakta akan kekurangan fluorida dalam bekalan air yang dibekalkan Air Kelantan Sendirian Berhad, mari kita merujuk kepada Kajian Epidemiologi Kesihatan Pergigian Kebangsaan (NOSHH) pada tahun 2007 di kalangan kanak-kanak Malaysia berusia enam tahun. Kajian yang sama inilah mungkin dijadikan rujukan oleh Utusan Malaysia. Kita amat memahami budaya ‘baca tak habis’ di kalangan wartawan mereka.

NOSSH mendapati 74.5 peratus mengalami masalah gigi. Kajian ini antara lain menyatakan bahawa kawasan Kuala Lumpur , mencatatkan rekod terbaik dengan 55.8 peratus kanak-kanak mengalami masalah gigi dan paling tinggi adalah Kelantan di mana 95.6 peratus kanak-kanak di situ mengalami kerosakan pada gigi susu mereka. Manakala bagi gigi kekal pula, sebanyak 10 peratus kanak-kanak mempunyai karies gigi.

Kajian Epidemiologi Kebangsaan yang dilakukan pada 2007 ini juga mendapati 93.2 peratus iaitu sembilan daripada 10 kanak-kanak berusia enam tahun di Terengganu mengalami karies gigi ataupun gigi berlubang.

Data ini menunjukkan perbezaan kadar kerosakkan gigi antara kanak-kanak di Terengganu yang dikatakan meminum air berfluorida dengan kanak-kanak di Kelantan yang dikatakan meminum air tidak berflorida hanyalah 2.4 peratus. Suatu angka perbezaan yang kecil. Saya suka mengambil perbezaan antara Kelantan dan Terengganu kerana kedua-dua negeri ini adalah berjiran dan rakyatnya mempunyai gaya hidup yang hampir sama.

Perhatikan pula fakta kajian yang menyatakan untuk gigi kekal, hanya 10% kanak-kanak mengalami karies gigi, suatu penurunan peratusan yang begitu drastik berbanding ketika kanak-kanak berusia bawah 6 tahun dengan 95.6 peratus, sedangkan tentunya mereka masih meminum bekalan air yang sama.

Apa yang ingin saya utarakan, faktor kerosakkan gigi bukanlah satu-satunya kerana bekalan air yang tidak mengandungi fluorida, tetapi lebih kepada gaya dan cara hidup, gaya pemakanan dan tahap kesedaran penjagaan gigi. Pengambilan makanan manis yang menjadi kesukaan kanak-kanak berusia di bawah 6 tahun serta kurangnya tahap kesedaran penjagaan gigi di kalangan ibu bapa adalah antara punca utama.

Sebagai pengamal pergigian profesional di Kelantan dan Terengganu sejak lebih 10 tahun lalu, serta pernah bertugas sebagai pensyarah pelatih di Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Kelantan, didapati hampir keseluruhan ibu-ibu di sini gemar memasukkan minuman bergula ke dalam botol susu anak-anak mereka, suatu amalan yang menjadi penyumbang utama kerosakkan gigi anak-anak diperingkat awal usia.

Pengalaman semasa bekerja di Iraq dahulu sebaliknya mendapati, amalan pemakanan mereka yang berbeza menyebabkan kadar kerosakkan gigi kanak-kanak di sana agak rendah walaupun negara mereka tidak pernah mengenal istilah air berfluorida.

Sekadar catatan, Pemfluoridaan air adalah penambahan paras fluorida semula jadi ke dalam bekalan air paip awam ke paras optimum untuk kesihatan pergigian. Ia adalah selamat dan berkesan untuk mengurangkan kerosakan gigi. Dalam masa yang sama kita memahami bahawa tanggungjawab memastikan bekalan air mempunyai kandungan fluorida bukan hanya tanggungjawab Syarikat Bekalan Air negeri-negeri berkenaan, tetapi juga adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat melalui kementerian Kesihatan.

Sila rujuk kepada Rancangan Malaysia ke 9 (2006-2010) bab 20, Meningkatkan Taraf Kesihatan menyebut;

20.12 Aktiviti kesihatan pergigian dilaksana bagi menggalak kesedaran tentang pentingnya amalan pergigian yang baik untuk menambah baik kualiti hidup. Bagi mencegah pereputan gigi, pemfluoridaan bekalan air terus dijalankan. Sehubungan ini, sembilan loji rawatan air dilengkapkan dengan saluran fluorida di negeri Kedah dan Perak menjadikan bilangan loji yang dipasang penyalur kepada 249 daripada sejumlah 440 loji. Program penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif untuk pelajar sekolah bertujuan mengenal pasti dan merawat masalah pergigian di peringkat awal terus dilaksana dalam tempoh Rancangan yang memanfaatkan lebih 90 peratus pelajar sekolah rendah.

Silakan mereka yang berada di bilik berhawa dingin Kementerian Kesihatan untuk menjelaskan maksud pernyataan ini. Bukankah bisa difahami bahawa sebenarnya Kementerian Kesihatan mempunyai peruntukan kewangan untuk program pemfluoridaan bekalan air tetapi kenapa Kelantan dianak tirikan?

Kalau Umno ingin berpolitik, janganlah sampai hal budak-budak gigi ‘rongok’ pun nak dipolitikkan. Angka dan laporan memerlukan analisa teliti dan pandangan pakar sebelum dibuat kesimpulan mudah dan dangkal. - Dr Azman Ibrahim

Penulis berkelulusan Bachelor of Dental Surgery, University of Baghdad. 

Utusan sangka rakyat Kelantan bodoh macam pencacai UMNO.

KOTA BHARU, 24 Nov: Biar pun lima siri laporan khas dimuat Utusan Malaysia bagi memburukkan Kelantan berkaitan isu bekalan air bersih, namun ia dianggap belum mampu mengocak jiwa rakyat.

Ini kerana setiap hari mereka boleh minum, mandi, membasuh dan apa-apa sahaja kegiatan menggunakan air bersih dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Malah, pelabur tetap memilih Kelantan sebagai destinasi pelaburan mereka. Seandainya bekalan air di sini kritikal mengapa mereka memilih mengembangkan operasi perniagaan di Kelantan.
Apakah agenda setting Utusan peringkat tertinggi itu mampu memperbodohkan rakyat Kelantan. Jawapannya tidak.

Begitu juga dakwaan isu air dicemari bakteria E.coli, mangan dan arsenik, sedangkan kadarnya lebih rendah berbanding negeri-negeri lain.

Misalnya kadar kandungan E.coli di Kelantan hanya sekitar 0.88 peratus berbanding Pahang (1.12 peratus), Perak (0.90 peratus), Perlis (1.21 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01 peratus).

Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanafi Mahmud berkata, kadar kandungan bakteria E.coli hanya dalam peratusan kecil, dan diatasi segera setelah dikesan kandungannya.

Lagi pun katanya setiap minggu sampel air di semua loji rawatan air AKSB dihantar ke Pejabat Kesihatan untuk dianalisis.

”Setakat ini tiada pun teguran dibuat jabatan terbabit berkaitan isu yang ditimbulkan sebuah akhbar arus perdana sekarang,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman (kiri) berkata, sebanyak 3531 sampel air dianalisis Jabatan Kesihatan dan hanya 31 kes sahaja dikesan ada kandungan E.coli.

”Persoalannya sekarang mengapa Kelantan sahaja yang digegerkan dalam media sehingga setiap hari disiarkan kenyataan negetif.

”Ini seolah-olah menggambarkan negeri lain tidak ada E.coli. Tidak selamanya rakyat mudah ditipu dengan maklumat berat sebelah seperti yang menjadi mainan Utusan Malaysia sekarang,” katanya di sini.

Malah kata beliau akhbar terbabit juga lupa tanggungjawab menyediakan perkhidmatan bekalan air adalah di bawah kerajaan pusat, dan kerajaan negeri cuma menyalurkan sumber air.

”Mengapa mereka tidak cuba rujuk kepada perlembagaan yang secara jelas menerangkan perkara itu. Jangan cuba hendak kelirukan rakyat.

”Memandangkan tugas tersebut tidak dilaksanakan kerajaan pusat, kerajaan negeri terpaksa mengambil alihnya bagi memastikan kesejahteraan kehidupan rakyat.

”Cuba bayangkan pula usaha kerajaan negeri mahu meningkatkan bekalan air tidak mendapat kerjasama kerajaan pusat dalam tempoh begitu lama.

”Selama 13 tahun Kelantan diketepikan mendapat sebarang peruntukan. Usahkan peruntukan, pinjaman pun tidak diberi pada awalnya,” ujarnya.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu prasarana bekalan air tetap juga dipertingkat termasuk mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

Hanya pada 2003 barulah pinjaman mudah diluluskan sebanyak RM600 juta, itu pun diberi bukan sekaligus, sebaliknya sedikit demi sedikit.

Menurutnya Md Anizam hasil kesungguhan kerajaan negeri sehingga sekarang hampir 70 peratus rakyat Kelantan mendapat bekalan air bersih disediakan AKSB. Harakahdaily

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular