Tuesday, November 15, 2011

PANAS !!! : Isteri Ahli Parlimen UMNO ini PATI ?

PKR ALU-ALUKAN LAPORAN POLIS SALLEH KALBI
Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mengalu-alukan laporan polis yang dibuat oleh Ahli Parlimen Malaysia (Silam) dR. Salleh Kalbi terhadap sebuah blog yang tidak disebutkan nama, sebagaimana yang disiarkan di semua media tempatan kelmarin.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Citra Masadi (gambar) ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi menyatakan bahawa tindakan Salleh boleh membuka segala pekung yang disembunyikan UMNO selama ini.

“Cuma saya cadangkan agar Salleh saman blog atau laman web berkenaan bagi membolehkan rakyat Silam menilai mutu kepimpinannya dan bukannya hanya mencari publisiti murahan atau escapism,” kata Citra yang menggesa agar Salleh bersikap professional.

Kata Citra, rakyat Silam tahu siapa Salleh sebenar tetapi BN melakukan kesilapan besar memilih Salleh sebagai Calon BN pada 2008 menggantikan Datuk Samsu Baharun Haji Abdul Rahman yang mempunyai kes dengan SPRM ketika itu.

“Ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO Silam, Salleh dibebani hutang dengan banyak syarikat sehingga ke hari ini tidak layak memiliki kad kredit. Jadi tidak hairan kalau dia suka menyelewengkan peruntukan dan membudayakan rasuah,” kata Citra yang turut menggesa agar PDRM menyiasat kelayakan Salleh menggunakan ‘rider’ (pengiring polis) untuk melawat kampung sebaik sahaja mendapat gelaran ‘Duta Keamanan UPF’.

Dengan laporan polis yang dibuat Salleh kata Citra, rakyat berpeluang tahu segala rahsia Salleh selama ini, terutama identiti isterinya yang diyakini sebagai PATI yang mendapat kad pengenalan projek sehingga berjaya menjadi guru sekolah.

“Jabatan Audit Negara patut siasat bagaimana Kementerian Pelajaran boleh melantik Hajjah Fatmah Haji Abdul Aziz sebagai guru tetap dan berpencen jika dokumen yang digunakannya milik orang lain kerana semua rakyat Semporna tahu Fatmah lahir di Filipina dan datang ke Sabah ketika berusia 10 tahun,” kata Citra yang telah menjalankan siasatan rapi dan hanya akan mendedahkan dokumen Fatmah apabila tiba masanya.

Walaupun dalam laporan media tidak menamakan secara jelas blog atau laman web yang dimaksudkan Salleh, namun Citra percaya semestinya Sabahkini.net kerana tidak ada laman web di Sabah yang mempunyai kredibiliti untuk membongkar kejalangan YB UMNO di Sabah melainkan Sabahkini.net.

“Saya cabar dia saman saya dan lagi cepat lagi bagus kerana saya tidak sabar untuk dedahkan identiti isterinya PATI yang berlagak hebat, memandu kereta syarikat kontraktor menggunakan lambang ahli parlimen dan membeli harta secara tunai,” kata Citra yang menegaskan beliau akan bekerja keras untuk membongkar segala petualangan Salleh selama beliau menjadi Ahli Parlimen sejak Mac 2008.

Tegas Citra, SPRM wajar menjalankan siasatan bagaimana isteri Salleh boleh memandu kenderaan yang didaftarkan atas nama syarikat kontraktor yang merasuah Salleh untuk mendapatkan beberapa projek yang tidak ada kena mengena dengannya dan menggunakan lambang Ahli Parlimen.

Selain kereta yang dipandu isterinya, kata Citra, Salleh turut membeli Ninja King dan beberapa buah kereta yang didaftarkan atas nama beberapa syarikat atau kontraktor yang melobi projek daripadanya.

“Polis jangan gentar, siasatlah semua kes laporan polis yang telah saya buat. Adakah dia kebal macam Shafie Apdal kerana semua orang tahu Salleh menyokong Shafie Apdal?,” ujar Citra yang menggesa agar semua harta Salleh yang didapati secara curang dibekukan segera kerana bimbang dipindah milik kepada saudara maranya./sabahkini.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular