Tuesday, November 15, 2011

Hasil Negeri Lebih Tinggi Di bawah Pakatan Rakyat

Geran Selangorku yang mencecah RM300 juta ringgit ternyata mengejutkan bekas pentabiran Barisan Nasional Selangor yang lama dan mereka tidak habis menyoal bagaimana Kerajaan sekarang mampu menyediakan jumlah yang begitu besar.

Malah ADUN BN di dalam perbahasan bajet 2012 sering kali menuduh berlakunya salahurus tadbir di anak syarikat kerajaan negeri seolah-olah tidak mungkin jumlah itu mampu dihasilkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda Suhaimi Shafiei menjelaskan geran ini dikumpul dari hasil keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang kini lebih cekap dan lebih menguntungkan, selepas bebas dari kepentingan ahli-ahli politik.

“Meraka yang bertanya ini sebenarnya terkejut. Semua hasil negeri dari sumber tanah, pasir, bahan batuan, hutan dan sebagainya kita kembalikan kepada rakyat. Dibawah pentadbiran terdahulu keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri dimasukkan dalam Hasil Disatukan pada jumlah yang kecil. Dalam perjalanan kepada kerajaan negeri itu, banyak ‘tol-tol’ yang perlu dibayar.”

Kerajaan Negeri Selangor mempunyai tidak kurang dari 50 anak syarikat. Sasaran ditetapkan dimana mereka perlu menyerahkan sebahagian keuntungan mereka kepada kerajaan negeri dalam bentuk royalti dan dividen.

Jelas Suhaimi dasar telus dan bertanggungjawab membolehkan royalti ini dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat, melalui Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Tabung Warisan Anak Selangor dan Skim Mesra Usia Emas.

“Kumpulan Semesta pada tahun 2011 setakat 30 Oktober sudah memberi royalti lebih dari RM18 juta ringgit.”

“Semasa pemerintahan lama, paling tinggi yang pernah mereka dapat dalam setahun adalah RM3.5 juta. Kita mengatasi mereka dengan lebihan RM15 juta.

Dari sudut perniagaan pula, keuntungan Kumpulan Semesta mencecah RM28 juta daripada sasaran RM30 juta ringgit. Dicampurkan dengan royalti, kita berada di hadapan sebanyak 10 kali ganda.”

Suhaimi menegaskan belanjawan pro-rakyat seperti Belanjawan Selangor 2012 mustahil dirumus dibawah pemerintahan lama. Katanya Belanjawan Selangor 2012 menuntut iltizam kuat untuk mengagihkan kemewahan Selangor kepada rakyat terbanyak.

“Apabila kita mengambil alih kerajaan selangor, kita kesan perjanjian-perjanjian perniagaan yang amat berat sebelah dirangka untuk memberi keuntungan kepada kroni terlibat.”

Beliau menambah Pakatan Rakyat perlu mengambil langkah-besar untuk memperbetul kepincangan-kepincangan yang berlaku sepanjang Selangor diperintah Barisan Nasional.

“Pernah suatu ketika kerajaan negeri tidak mempunyai rekod hutang atau jumlah perkongsian modal usahasama anak-anak syarikat kerajaan negeri dan syarikat-syarikat terlibat.”

Kes hutang Talam Corporation yang kini berjaya dialihkan menjadi sumber pendapatan lumayan disebut Suhaimi sebagai contoh hasil-kerja kerajaan Pakatan yang berhemah.

“Walaupun yang kita ambil-alih hutang itu, tetapi sebenarnya untuk masa jangka panjang ia adalah aset berharga. Nilai hutang dahulunya RM398 juta ringgit, hari ini nilai aset dinilaikan hampir RM600 juta ringgit.”

Tegasnya bukan sahaja keuntungan anak-anak syarikat negeri diserahkan semula melalui MES, tetapi juga setiap hutang turut dikejar untuk dipulangkan kepada rakyat Selangor. SK

Selangor Ganda Hasil Aset Dari Hutang Talam

Pendedahan terperinci pengurusan hutang Talam Corporation di jelaskan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan orang ramai menerusi satu pameran di lobi Dewan Annex hari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pameran ini antara lain adalah bertujuan menjelaskan bagaimana kerajaan negeri menerusi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) menguruskan dana daripada kutipan hutang Talam selain meningkatkan nilai hartanah yang diperoleh daripada Talam.

“Kita tunjukkan juga hasil kerja pegawai-pegawai perancang dalam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kalau dahulu (pentadbiran dahulu) kerajaan negeri hanya menjual tanah, tetapi kini dalam apa jua sekali pun, ianya perlu dijual dengan pembangunan.

“Apa yang ingin saya jelaskan di sini (pameran), ialah bagaimana kerajaan negeri dan penjawat awam telah dapat memulihkan semula projek-projek dengan mendapat keuntungan jauh lebih besar daripada dahulu,”

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVSelangor di lobi Dewan Annex semasa melawat pameran penstrukturan semula hutang Talam Corporation.

Mengulas lanjut, Khalid berkata kejayaan menguruskan kutipan hutang ini adalah bukti bahawa hartanah negeri selangor boleh diuruskan dengan lebih-lebih baik apabila menerusi amalan yang lebih profesional.

Daripada penstrukturan semula hutang-hutang Talam ini, Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya menggandakan nilai aset tersebut kepada lebih RM12 billion.

 “Ini adalah tanah-tanah dari pentadbiran terdahulu yang kita ambil balik daripada meraka kerana tidak membayar cukai dan premium yang telah ditetapkan,”katanya.

Sebagai rekod, MBI menjual tanah di Bukit Beruntung kepada PKNS dengan harga RM16.9 juta dan pelan pembangunan dianggarkan bernilai RM 2.4 juta.

Manakala, tanah di Bestari Jaya, MBI menjual seluas 1,312.89 ekar kepada PNSB dengan harga RM180 juta dan pelan pembangunan untuk projek Bestari lake Side dianggarkan bernilai RM 1 billion.

Sementara itu, PNSB dilaporkan telah merancang pembangunan tanah di Canal City di Kuala Langat dengan projek Eco Digital Media yang dianggarkan bernilai RM 7.2 billion.

Projek-projek ini antaranya adalah untuk pembangunan bersepadu seperti pusat penempatan, rekreasi dan pusat komersial untuk semua golongan.

Sebelum ini, Kerajaan negeri mendedahkan kepada sidang Dewan Undangan Negeri bahawa pengumpulan dan penyelesaian hutang Talam telah memasuki fasa akhir.

Pada peringkat terakhir pengumpulan dan penyelesaian hutang Talam, kerajaan negeri menerima wang tunai serta tanah sejumlah 6,000 ekar iaitu 1,300 ekar di Bestari Jaya, 1,000 ekar di Bukit Beruntung, 1,000 ekar lebih di kawasan Kuala Langat pada nilai RM5 satu kaki persegi.

Talam Corporation berhutang RM391 juta dengan beberapa anak syarikat kerajaan negeri seperti Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam usaha sama pembangunan hartanah sepanjang 10 tahun lalu. SK

Ekonomi: Selangor perlu dicontohi

SHAH ALAM – Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyarankan Kerajaan Pusat mencontohi pengurusan ekonomi negeri Selangor yang berjaya meningkatkan hasil negeri dan simpanan tunainya.


Wan AzizahMenurutnya, pengurusan wang yang beramanah sebagaimana dilakukan Kerajaan Negeri Selangor adalah bukti komitmen Pakatan Rakyat (PR) terhadap pemerintahan yang tidak berbelah bahagi.


“Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya meningkatkan hasil cukai anggaran 8.23 peratus dan hasil bukan cukai iaitu 40.12 peratus untuk tahun 2012.


“Ini menampakkan pengurusan ekonomi negeri yang menjanakan pembangunan yang cukup pesat,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam bagi mengulas Belanjawan Selangor 2012.


Beliau berkata, selain itu, Simpanan tunai kerajaan Selangor kini telah mencecah RM 1.2 bilion di mana jumlah tertinggi sejak 28 tahun.


“Jumlah simpanan wang ini harus dibandingkan dengan hutang kerajaan persekutuan yang telah mencecah RM400 bilion.


“Jumlah hutang ini amat membimbangkan di mana tanpa reformasi yang mendalam, Malaysia mungkin akan menghadapi masalah yang sama dengan negara Eropah yang berdepan dengan krisis ekonomi yang cukup parah,” katanya.


Menurutnya, sebagai contoh, apabila PR mengambil alih pada Mac 2008, tiada sebarang rekod berkenaan hutang RM391 juta Syarikat Talam kepada kerajaan Selangor.


“Bagaimanapun, pimpinan baru kerajaan negeri yang meneliti setiap aspek pengurusan wang rakyat berjaya mengenalpasti serta mengutip balik wang yang dihutang oleh pihak swasta kepada rakyat.


“Hasil pembasmian ketirisan dan rasuah ini, ratusan juta ringgit telah berjaya dijimatkan dan dibelanjakan balik demi kebajikan rakyat,” katanya.


Katanya, bagi 2012, kerajaan Selangor akan menyambungkan segala inisiatif kebajikan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor, serta menambah sebanyak RM300 juta lagi iaitu hampir 15 peratus belanjawan sepenuhnya di bawah Geran Selangorku untuk meningkatkan lagi dana dan meringankan beban ekonomi rakyat.


“Program kebajikan kerajaan Selangor bersifat menghakupayakan rakyat supaya mampu berdikari, bukannya bersifat pertolongan ‘one-off’ sepertimana yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.


“Pendekatan ini menunjukkan komitmen PR untuk memastikan setiap rakyat berpeluang mencari pekerjaan bermaruah dan pendapatan yang mencukupi serta setara dengan kos sara hidup,” katanya. SH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular