Tuesday, November 15, 2011

Kenyataan Menteri dari "NEGARA ISLAM 1MALAYSIA"

nazri
Sah Pemimpin UMNO tak mahu laksanakan Hudud

KOTA BHARU- Rakyat seharusnya mendapatkan penjelasan berhubung pelaksanaan hukuman hudud daripada pihak Pas dan bukannya dari Barisan Nasional (BN), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, kerajaan Pas sebagai pihak yang mahu melaksanakan hudud itu memberi penerangan kepada rakyat secara menyeluruh kepada rakyat.

“Terpulanglah kepada mereka, sama ada mahu melaksanakan atau sebaliknya tetapi jika tidak dilaksanakan mesti terdapat pelbagai alasan.

“Mungkin Pas perlu mengadakan perjumpaan dengan rakyat untuk menjelaskan secara menyeluruh seperti yang diadakan seperti hari ini (Majlis Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat Cina Kelantan),” katanya semalam selepas mengadakan pertemuan bersama kira-kira 100 pemimpin masyarakat Cina Kelantan di sini, kelmarin, Mohamed Nazri juga memberitahu sepatutnya hukum itu dilaksanakan sejak era pemerintahan Pas 21 tahun lalu.

Sebelum itu ketika menjawab soalan daripada salah seorang wakil kaum Cina, beliau memaklumkan sepatutnya persoalan berkaitan hudud itu ditanya kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu merealisasikan cita-cita Pas itu di negeri ini.

“Kenapa saya perlu menjelaskannya? Saya tidak pernah membangkitkan perkara ini (hudud), tanya pada orang yang mahu laksanakan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, berhubung persiapan banjir pula, Momamed Nazri juga memberitahu pihaknya akan mengadakan mesyuarat di Kelantan pada 7 Disember ini.

Beliau berkata, setakat ini kelengkapan logistik dan keperluan lain sudah bersiap sedia untuk digunakan bagi menghadapi kemungkinan banjir besar di Kelantan.

Tanpa menyebut peruntukan menghadapi banjir di Kelantan, beliau memberitahu, Kerajaan Pusat akan bersedia membantu negeri ini untuk menghadapi musim tengkujuh.

“Saya yakin kita dapat memberi bantuan kepada mangsa banjir di seluruh Kelantan ini selepas mengadakan mesyuarat dengan Kerajaan Negeri,” katanya. SH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular