Tuesday, November 15, 2011

Kes rasuah Ling: Dr Mahathir tampil esok?????

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, diberitahu, pihak pendakwaan akan memanggil saksi terakhirnya dalam perbicaraan kes rasuah bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik esok,.

Namun, pendakwa raya kanan Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah enggan mengesahkan jika saksi itu adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika ditemui hari ini, Tun Majid sekadar berkata bahawa media perlu menunggu sehingga esok untuk mengenal pasti saksi berkenaan.

Sebelum ini, pihak pendakwaan pernah berkata bahawa mereka bercadang untuk memanggil Mahathir untuk memberi keterangan.

Antara lain, pihak pendakwaan pernah memberitahu mahkamah bahawa ia mahu Mahathir menjelaskan surat daripada Ling bertarikh 29 Jun, 2002 yang menggesa kerajaan untuk meluluskan perjanjian tanah projek Zon Bebas Pelabuhan Klang, yang tertangguh itu.

Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894, yang berasaskan RM25 sekaki persegi iaitu RM1,088,456,000, sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon dan faedah.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling, 68, didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 September dan 6 November 2002.

Perbicaraan bermula pada Ogos 1, 2011 dengan 24 orang saksi telah dipanggil setakat ini. MK

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular