Saturday, November 19, 2011

Skandal NFC: Pengakuan Dr Mohamad mengesahkan terdapat unsur-unsur penyelewengan.

Soal pertanggungjawaban dan amanah adalah isu pokok 
Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan NFC yang akhirnya tampil memberi penerangan setelah KEADILAN membuat pendedahan mengenai penyelewengan dan kegagalan Projek Fidlot Kebangsaan. Saya kira akhirnya pengurusan NFC akur dengan saranan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Abdullah Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana skandal ini benar-benar menggoncang keyakinan rakyat kepada pimpinan politik kerajaan.

Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kesemua kenyataan yang dibuat oleh Dr.Mohamad Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC dan suami Shahrizat Jalil (gambar kiri) di media perdana semalam tidak sekali-kali menafikan pendedahan-pendedahan yang dibuat KEADILAN, seperti berikut:

1. Dana RM250 juta telah dimasukkan ke dalam akaun NFC
2. Kos seekor lembu yang diternak NFC dalam tahun 2009 berjumlah RM4,481 setiap ekor
3. Diskaun berjumlah RM2.9 juta diberikan dalam tahun 2009 termasuk kepada Restoran Meatworks milik keluarga Shahrizat Jalil
4. NFC mencatat kerugian sejumlah RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009)
5. Dana dari NFC disalurkan kepada NMLC dan RFC yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Shahrizat Jalil
6. Penyalahgunaan wang dari dana untuk membeli unit-unit kondominium di One Menerung, Bangsar
7. NFC mendapat pinjaman mudah sejumlah RM250 juta
8. NFC membelanjakan sejumlah RM827,579 bagi lawatan-lawatan ke luar negara dan elaun keraian
9. Projek Pusat Fidlot Kebangsaan mendapat bantahan dari pegawai-pegawai kementerian

Kenyataan NFC semalam hanya memberi alasan kenapa penyelewengan-penyelewengan seperti yang didedahkan KEADILAN berlaku.

Malah, tiga pengakuan Dr Mohamad Salleh Ismail mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri kanan mempunyai unsur-unsur penyelewengan.

Beliau mengakui<1> bahawa NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan. Perbandingan rekod operasi NFC seperti di bawah jelas menunjukkan bahawa NFC bukanlah syarikat yang berkelayakan untuk mengendalikan projek berimpak tinggi dan mendapat pembiayaan RM250 juta:

2008 (tahun pertama)2009
Jumlah lembu dibeli dari Australia dan dibawa masuk4,141 ekor-
Diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar245 ekor-
Lembu mati atas kapal sebelum sampai ke Malaysia8 ekor-
Lembu mati dalam perjalanan ke Pusat Fidlot15 ekor-
Lembu yang terpaksa disembelih akibat bermasalah45 ekor56 ekor
Lembu yang mati di Pusat Fidlot42 ekor78 ekor
Lembu yang dihadiahkan kepada pihak lain11 ekor3 ekor
Lembu yang disembelih untuk dijual113 ekor1,562 ekor
Jumlah lembu yang mati/rugi berbanding lembu yang dijual121 ekor
(nisbah 1:1)
137 ekor (nisbah 1:11)
Anggaran kerugian akibat lembu mati/dicuriRM542,201RM613,897

Dalam temuramah dengan Berita Harian<2> pula, beliau mengakui bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta "tidak menyatakan jadual pembayaran balik". Ini mengesahkan pendedahan KEADILAN sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa.

Saya juga kesal dengan kenyataan Dr.Mohamad Salleh Ismail yang bukan sahaja tidak menyangkal pendedahan KEADILAN mengenai pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat, malah mengesahkan bahawa dana yang diselewengkan adalah lebih tinggi dari yang didedahkan minggu lepas. Pembelian dua unit kondominium mewah di unit B1-1 dan B1-2 di Tingkat 1, Blok B One Merenung sebenarnya membabitkan perbelanjaan RM13.8 juta.

Ketiga-tiga pengakuan NFC ini mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat. Ketiga-tiga pengakuan tersebut mendedahkan:

1. Bagaimana projek negara diberikan kepada keluarga menteri yang langsung tidak mempunyai latar belakang dan kepakaran di dalam bidang penternakan komersil;
2. Dana RM250 juta diberikan begitu sahaja tanpa ada syarat-syarat ketat dan pemantauan walaupun ia dipanggil pinjaman; dan
3. Sejumlah RM13.8 juta diselewengkan sewenang-wenangnya untuk membeli hartanah yang akhirnya menjadi milik keluarga menteri kerana NMLC milik keluarga Shahrizat Jalil sepenuhnya.

Oleh itu, KEADILAN menggesa supaya Perdana Menteri bertindak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan semasa penganugerahan projek ini kepada NFC dan menerangkan penglibatan Shahrizat Jalil dalam proses membuat keputusan kerajaan bersabit projek ini.

Kesemua keterangan lain yang dibuat NFC semalam akan dihuraikan dalam satu sidang media khas di lobi Parlimen hari Isnin ini jam 1130 pagi melibatkan Saifuddin Nasution Ismail, Zuraida Kamaruddin dan saya sendiri, untuk membolehkan kami meneliti semua maklumat dan dokumen yang kami ada setakat ini.

Rujukan

<1> Temuramah dengan NST: “I am not angry but the bull claim better stops” 18 November 2011
<2> Berita Harian 18 November 2011, muka surat 6, “Tuduhan Pembangkang Lebih Kepada Serangan Peribadi”
*Kenyataan media oleh Mohd Rafizi Ramli (gambar kanan) selaku Pengarah Strategi PKR.

aku ingat 1 unit je byr rm 9.8 juta. Rupanya kak jat n abg leh beli 2 unit. Bermakna semua rm 13.8 juta la! Lg banyak! Bg sewa rm 70 ribu utk 1 unit. Siapa sewa abg leh? Paling mahal kat kondo tu sewa rm 22 ribu sebulan 1 unit Pent house.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular