Wednesday, November 16, 2011

Musuh Ketat Sebenar DAP Ialah UMNO


Ancaman Pengerusi BN Pulau Pinang Tidak Kuat, Musuh Ketat Sebenar Ialah UMNO - Chow Kon Yeow

13hb Pulau Pinang - Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow beranggapan, tidak kira siapa sahaja sama ada Teng Chang Yew ataupun Ong Thean Lye yang menjawat jawatan Pengerusi BN di Pulau Pinang, ia tidak menjejaskan DAP, ia hanya akan menjejaskan kedudukan dan penyusunan DAP di negeri Pulau Pinang.

Chow berkata, yang menerajui BN ialah UMNO, musuh ketat dan musuh lama DAP ialah UMNO.

Beliau sambil tersenyum berkata, jika Teng Chang Yeow menjawat jawatan pengerusi BN di Pulau Pinang, kawasan yang pertama yang akan terjejas dan perlu ada rombakan ialah kawasan kerusi Parlimen Tanjung dan kawasan kerusi DUN Padang Kota.

Dikatakan sebelum PRU 2008 Teng Chang Yeow calon kerusi DUN di Padang Kota, telah dilantik semula di kawasan itu tetapi dikalahkan oleh Chow Kon Yeow, dengan itu Chow Kon Yeow telah bertahan selama 2 penggal di kerusi Parlimen Tanjung, sebab itu Chow tidak menafikan jika Teng Chang Yeow menjadi pengerusi BN di Pulau Pinang, mungkin beliau akan pilih kerusi Parlimen Tanjung ataupun kerusi DUN Padang Kota.

Chow Kon Yeow pada petang ini semasa merasmikan “Kem Kerja PRU DAP Pulau Pinang” berkata demikian kepada pemberita, berkaitan pandangan DAP terhadap pengerusi BN di Pulau Pinang di mana Koh Tsu Koon berniat untuk lepaskan jawatan itu, dan Koh dikatakan akan serahkan parti untuk menentukan penyerahan kerusi itu.

Apabila pihak pemberita bertanya lebih lanjut sama ada Teng Chang Yeow dan Ong Thean Lye boleh mengancam DAP ataupun tidak, Ng Wei Aik Setiausaha DAP Pulau Pinang yang sedang mendengar soalan itu berkata, musuh yang memberi tentangan dan cabaran ialah UMNO, kerana setakat ini tiada seorang pun tahu apa strategi politik yang berada di belakang UMNO itu.

Chow Kon Yeow akui bahawa UMNO adalah pemimpin utama dalam BN, dan musuh ketat DAP yang perlu ditangani selama ini.

Akhbar: Sinchew Daily News
Ruangan: dalam negeri m/ 09
Tarikh:14 November 2011 (Isnin)

PRU 13 -Dijangka DAP (Perak) Akan Kekalkan Calon Asal

Capai Rekod Gemilang Pada PRU Mac 2008 - Dijangka DAP Akan Calonkan Calon Asal

13hb Ipoh - selepas DAP mencipta keputusan yang gilang gemilang pada PRU 2008 lepas yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dijangkakan pada PRU akan datang sama ada kerusi Parlimen mahupun kerusi DUN, DAP akan tetap mengekalkan calon dan muka yang sama untuk bertanding pada PRU tersebut, kecuali kepada ahli-ahli Parlimen atau ADUN yang prestasi mereka kurang baik ataupun ada fakta lain (maka) barulah calon itu diketepikan.

Maklumat yang diperolehi, dalam 7 kerusi Parlimen hanya 1 kerusi parlimen di Teluk Anson akan bertukar tangan, calon kerusi Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang telah menang (bagi tempoh) 1 penggal akan tetap (dikekalkan) di kawasan itu untuk menerajui pusat keseluruhan negeri itu, beliau akan bekerjasama dengan Ngeh Koo Ham dan ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming serta Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran, jika tiada sebarang perubahan, mereka akan bertahan di tempat yang sama.

18 kerusi DUN yang dimenangi DAP, ada bebarapa kawasan yang telah lompat parti, ada 2 kerusi yang dimenangi oleh DAP tetapi telah berlaku lompat parti dan di situ juga ada kekosongan.


Akhbar: China Press
Ruangan: dalam negeri m/s A6
Tarikh: 14 November 2011 (Isnin)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular