Wednesday, November 16, 2011

Anwar: Penjenayah ratusan juta, ‘pencuri lembu’ tidak disiasat

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siasatan polis terhadapnya berhubung isu video fitnah adalah usaha khianat dan jahat untuk menghalang tugasnya sebagai Ketua Pembangkang.

Menurutnya, Umno-Barisan Nasional terus memperalatkan pihak polis untuk menekan beliau, sedangkan tiada siasatan terhadap rasuah ratusan juta ringgit, termasuk skandal terbaru membabitkan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

“Jadi Polis ini kerja dia dah jadi perkakas politik orang atasan. Tugas saya ke Parlimen, tapi dihalang. Penjenayah, pencuri lembu dan ratusan juta (wang rakyat) yang hilang tiada siasatan,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong petang tadi atas dakwaan membuat laporan palsu dalam kes video fitnah yang dikaitkan dengannya.

“Ini cara kotor dan jahat Umno nak aibkan saya sekali lagi. Jenayah (rasuah) dan rompak ditutup. Jadi dimainkan kes seperti ini (untuk mengalih perhatian rakyat),” katanya.

Beliau diajukan sekitar 20 soalan dan keterangannya dirakam selama kira-kira satu jam oleh pegawai penyiasat ASP Teh Boon Ang dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Siasatan tersebut berhubung laporan polis yang dibuat Anwar pada 22 Mac 2011 di Balai Polis Dang Wangi berhubung video fitnah yang ditayangkan oleh trio Datuk T.

Pada 8 September lalu, pegawai penyiasat kes ‘Datuk T’, DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan polis mendakwa laporan yang dibuat Anwar adalah palsu yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah.

Sementara itu peguam Sivarasa Rasiah memaklumkan, kertas siasatan terdahulu yang dirujuk kepada Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dikembalikan kepada polis dengan arahan untuk merakam semula keterangan pengadu.

“Gani Patail sebelum ini terlibat dalam kes penipuan bahan bukti pada 1998 oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

“Anwar pula seolah-olah seperti pesalah. Ini menunjukkan campur tangan politik dan di sini nampak tangan Peguam Negara,” katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23075

Video Fitnah: Anwar dipanggil ke Balai Polis Kepong

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim disoal siasat oleh polis berhubung kes video fitnah yang dikaitkan dengan beliau.

Anwar dipanggil memberi keterangan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan atas tuduhan kononnya membuat laporan palsu yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman 6 bulan penjara.

Beliau dipanggil untuk memberikan keterangan di Balai Polis Kepong jam 3 petang selepas dimaklumkan pihak polis minggu lalu.

Minggu lalu, Pimpinan KEADILAN mengecam tindakan itu sebagai usaha kerajaan mengalihkan tumpuan rakyat dari isu pembaziran dalam Laporan Ketua Audit Negara dan terbaru, skandal Fidlot yang dikaitkan dengan keluarga menteri, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Sehubungan itu, KEADILAN menuntut Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak memperalatkan pihak polis dan menghentikan serta-merta siasatan terhadap Anwar.

Pada Mac lalu, Anwar membuat laporan polis berhubung tindakan trio “Datuk T” yang menayangkan satu rakaman video seks kepada petugas media dan individu tertentu di satu hotel di ibu negara.

Tiga individu itu ialah – bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Video fitnah berkenaan memaparkan adegan seks yang pelakunya mirip wajah Anwar.

Pimpinan KEADILAN menafikan sekeras-kerasnya individu dalam rakaman itu adalah Anwar berdasarkan bentuk tubuh pelaku terbabit, dan menganggap ia konspirasi terbaru Umno-BN untuk menjatuhkan Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23050

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular