
Seorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat paru-paru berair hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.



"Saya tidak akan membelakangkan keputusan parti berkaitan hukum agama. Saya juga akan menamatkan perkhidmatan Ketua-ketua kampung yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab ketika menjalankan tugas," kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, YB USTAZ SALLEHEN MOKHYI ketika ditemui di pejabatnya tingkat 15, SUK, Shah Alam, baru-baru ini.





27 JAN — Seolah-olah ada kocakan dalam Pakatan Rakyat di Selangor sejurus pelantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri, bagi menggantikan Dr Hasan Ali. Sekurang-kurangnya itulah yang mahu dipersepsikan media milik Umno. Sebagai negeri yang paling dihajati untuk direbut semula, dengan apa jua cara oleh Najib Razak, setiap peluang akan dimanipulasi sepenuhnya.![]() |
| Buleh Bla... |
KUALA LUMPUR, 20 Jan: “Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?”
Tiga hari selepas pelantikan exco Selangor dan peralihan portfolio Hal Ehwal Islam oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, akhbar pencacai Umno, Utusan dalam laporan muka depan bertajuk "MB tak percaya PAS" mendakwa Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam yang sebelum ini disandang Datuk Dr Hasan Ali kerana sudah tidak mempercayai parti Islam itu untuk memegang urusan pentadbiran negeri itu.