Sunday, May 15, 2011

Soi Lek Kecam Utusan, Bela DAP...


Sah sudah ada pemimpin tertentu dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) sebenarnya ‘bayangan DAP’ dalam pakatan Barisan Nasional.


Jika sebelum ini ada pemimpin Gerakan memainkan peranan seperti ini, kini pemimpin sebuah parti komponen BN semakin menonjolkan dirinya kononnya juara bukan–Islam.


Ini dilakukan bukan untuk sokongan kepada partinya. Malah dia bersuara juga bukan kepentingan orang Kristian, tetapi kepentingan DAP.

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek – Presiden Skandal Seks - iaitu presiden sebuah parti komponen ( saya tidak salahkan parti kerana ia bukan keputusan mesyuarat parti) hari ini (13 Mei 2011) mahu pemberita dan editor Utusan Malaysia digantung tugas jika laporannya Sabtu lalu mengenai isu Kristian dan agama Islam adalah tidak benar.

Malah Presiden Skandal Seks itu berkata teguran yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri kelmarin ke atas akhbar milik Umno itu tidak mencukupi.

Kami berharap polis akan menyiasat dengan terperinci latar belakang tulisan yang disiarkan oleh Utusan, di mana kami dimaklumkan bahawa sesetengah pihak mahu mempolitikkan agama demi kepentingan politik. Jika tulisan itu tiada sebarang asas, maka kami merasakan pihak-pihak yang bertanggungjawab di Utusan perlu digantung sebagai amaran bahawa kerajaan akan memegang mereka yang mahu mempolitikkan isu-isu agama, bertanggungjawab,” kata Chua.

Sedangkan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semalam, laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai usaha pihak tertentu untuk menjadikan Kristian sebagai agama Persekutuan Sabtu lalu seperti dipetik daripada dua blog adalah berasas.

Dan asas pada pemberitaan tersebut mungkin boleh dijelaskan melalui sebuah laporan polis hari ini yang dibuat oleh seorang individu yang turut berada dalam majlis dimaksudkan di Pulau Pinang.

Selain itu, katanya, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan telah tampil menjelaskan mengenai asas laporan muka depan akhbar berkenaan sewaktu memberi keterangan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri, kelmarin.,

"Jadi inilah yang saya tekankan hari itu, jangan kita beremosi tentang perkara berhubung kait agama, kaum, biar pihak berkuasa (iaitu) polis khususnya untuk jalankan tugas mereka," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Rawatan dan Prihatin (CCSC) Chow Kit di Kuala Lumpur.

Laporan muka depan akhbar ini Sabtu lalu yang bertajuk Kristian Agama Rasmi? seperti dipetik daripada pendedahan dua blog tempatan iaitu Bigdog dan Marahku bagaimanapun turut menyiarkan penafian Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dari DAP yang turut hadir pada majlis itu.

Di Pulau Pinang semalam, seorang ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman, 42, yang hadir pada majlis kesyukuran tertutup paderi-paderi berkenaan tampil membuat laporan polis bagi menceritakan insiden sebenar.

Chua beria-ia benar apabila mengatakan tidak harus ada andaian bahawa laporan-laporan itu tidak berasas dan jika dakwaan itu benar, mereka yang bertanggungjawab harus disiasat dan didedahkan.

Tegasnya: “Kami berharap bahawa dalam isu ini, kerajaan tidak akan berkompromi dan harus menegakkan keadilan dan menghantar mesej yang jelas kepada rakyat Malaysia bahawa agama tidak harus digunakan dalam pertarungan politik. Orang yang menulis berita terbabit termasuk editor harus digantung kerana menulis laporan palsu atau mencetuskan sensasi, yang tiada asas.”.

Bukan itu sahaja, Presiden Skandal Seks ini juga mahukan ‘orang di sebalik kepada semua ini’ harus berhadapan dengan tindakan.

Selain tuduhan Chuna bahawa Utusan Malaysia melaporkan perkara yang 'tiada asas', siapa orang yang dimaksudkan Chua?

Chua tuding jari terhadap seseorang?

Dari Blog Rakyat Malaysia


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular