Tuesday, May 17, 2011

RON 95 akan dinaikkan mulai bulan hadapan?.

azlan



BERITA yang dipetik daripada sumber Bernama [Bernama], jelas sekali RON 95 akan dinaikkan mulai bulan hadapan. Kalau sebelum ini kerajaan meminta rakyat Malaysia berjaga-jaga atau bersedia dengan kenaikkan harga minyak RON 95, rujuk sini [Minyak naik]. Kali ini masa itu telah tiba.


Bunga-bunga kenaikkan harga RON95 sudah jelas kelihatan. Walaupun kerajaan berselindung di bawah tajuk"Harga petrol RON 95 disemak bulan hadapan", apa yang jelas , tiada berita baik untuk rakyat. Kerajaan hanya berniat untuk menyemak sama ada untuk "kekal pada harga sekarang atau naikkan harga minyak". Jawapannya tentulah naikkan harga fullstop. Rujuk ( SINI )




Harga petrol RON95 disemak bulan depan




Kerajaan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.


Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.


"Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lepas.


"Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun...saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di Ipoh hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan semasa harga petrol RON95 berikutan harga petrol RON97 kini meningkat kepada RM2.90 seliter. 

Harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter pada 2 April lepas ekoran krisis Timur Tengah manakala kali terakhir harga RON95 naik adalah pada Disember tahun lalu iaitu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Ismail Sabri berkata walaupun sebelum ini beliau berkata harga minyak tidak dinaikkan pada masa sekarang, tetapi ia tidak menjamin harga minyak akan kekal selama-lamanya kerana tanggungan subsidi kerajaan terhadap produk petroleum pada masa sekarang adalah tinggi.

"Tahun lepas, tanggungan subsidi kerajaan (bagi produk petroleum) adalah RM8 bilion apabila harga minyak dunia meningkat, dan tidak nampak trend itu akan menurun. Kalau keadaan itu berterusan, tanggungan subsidi kerajaan akan menjadi RM18 bilion tahun ini iaitu kenaikan RM10 bilion," katanya.

Beliau berkata sekiranya subsidi dikurangkan, jumlah peruntukan RM10 bilion itu dapat digunakan bagi membina lebih banyak sekolah, jalan-jalan kampung, projek perumahan rakyat serta memberi lebih banyak bantuan pelajaran.

Katanya rakyat perlu sedar jumlah subsidi besar yang ditanggung kerajaan sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat.

- MKini 

Respon :


Danny Tay Hock Seng
yang gua tak paham ialah Malaysia ialah nett exporter... kita export minyak lebih dari import... kalau harga dunia naik, kita dapat duit lebih... tapi yang peliknya rakyat kena keluar duit lebih... mana pergi itu wang suma?


Ab Aziz Abdullah ·  Top Commenter
Naik jgn tak naik...rakyat tetap sokong kjaan berwibawa mcm BN bila tiba PRU nanti..jgn takut melayu yg dibodohkan dgn media perdana akan tetap menyokong krn melayu mdh lupa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular