Monday, July 15, 2013

Yang Dulu Terbengkalai, Kini Janji yg baru pulak..

Yang Dulu Terbengkalai, Muhyiddin Dan Mad Said Janjikan Rumah Pangsa Yang Baru Pulak Di Kuala Besut..
'Janji Tidak Ditepati'…itulah kata-kata yang boleh diungkap oleh penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut yang rasa tertipu dengan janji kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Ini kerana, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sendiri yang berjanji kepada rakyat sebanyak 300 unit pangsapuri kos rendah akan dibina di Kuala Besut sekiranya Barisan Nasional mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Bahkan, Ahmad turut membuat pengumuman rasmi meluluskan pembinaan 50 buah unit rumah pangsa kos rendah secara percuma kepada penduduk penempatan PPRT Pangkalan Atap yang terlibat dengan masalah ombak besar itu di lokasi baru yang lebih selamat.

Sebaliknya, 300 unit pangsapuri tersebut kini terbengkalai dan tidak dapat disiapkan hingga terjadi seperti projek 'gajah putih'.

Ahmad membuat janji-janji manis tersebut selepas menyampaikan wang bantuan kepada 48 mangsa air pasang dan ombak besar di penempatan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Pengkalan Atap dan Dana Bantuan Pakaian Sekolah, 14 Januari lalu.

Tinjauan mendapati projek perumahan pangsapuri yang terletak di Kampung Kuala Besut tersebut terbengkalai serta tidak terurus.

Seorang penduduk yang enggan disebut namanya mendakwa pemimpin Umno BN Besut berjanji kepada anak muda pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu untuk mengagihkan pangsapuri tersebut.

Katanya, sejumlah 3,000 orang dalam Dun Kuala Besut ini 'dijanjikan' rumah tersebut sedangkan hanya 300 unit yang disediakan.

“Kami (penduduk) terutama anak-anak muda telah dijanjikan rumah di pangsapuri ini dengan syarat menangkan calon Umno BN di Dun Kuala Besut ini. Persoalannya, kenapa sampai 3,000 orang dijanjikan sedangkan rumah ada 300 unit sahaja,” soal beliau yang menjadi antara pemohon pangsapuri terbabit ~ Harakahdaily

Tanpa sebarang rasa bersalah, sekali lagi pemimpin-pemimpin UMNO berjanji di Kuala Besut sempena PRK Kuala Besut ini.. SUMBER

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular