Tuesday, July 16, 2013

Pakatan perlu wujudkan pusat strategi

Komponen Pakatan Rakyat membawa haluan masing-masing pada PRU 13 lalu, kata kelab penyokong PAS.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat perlu membentuk sebuah pusat strategi bagi menyelaraskan hala tuju pakatan pembangkang itu lebih mantap dalam menghadapi ilihan raya umum ke 14 kelak.

Apa yang berlaku dalam pilihan raya umum ke 13 pada 5 Mei lalu ialah parti dalam Pakatan Rakyat membawa haluan masing-masing, kata Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow.

“Pusat strategi ini sangat penting, oleh kerana itu ia mesti dimulakan sekarang,” kata beliau lagi.
Menurutnya, beliau akan mewujudkannya di Johor kerana berkeyakinan Pakatan Rakyat mempunyai masa depan yang cerah di negeri itu.

Pusat strategi mempunyai banyak fungsi, antaranya sebagai mengumpul dana bagi membiayai operasi dan calon dalam pilihan raya umum akan datang, kata Hu.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan kepada Pakatan Rakyat tiga negeri yang diperintah mengambil negeri lain sebagai anak angkat sebagai satu usaha merampas negeri yang belum ditawan Pakatan.

Selangor menjadikan Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor; Pulau Pinang mengambil Perlis, Kedah dan Perak, manakala Kelantan mengambil Terengganu sebagai negeri angkat.

“Untuk Sabah dan Sarawak diurus langsung oleh ketiga-tiga negeri yang kini diperintah Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor,” tambah Hu lagi.

Bagaimanapun, di setiap negeri mesti ada pegawai-pegawai yang membabitkan ketiga-tiga parti tersebut yang membabitkan semua kaum.

Saya sedia membantu untuk menjayakan program tersebut,” tambah beliau. FMT

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular