Tuesday, July 16, 2013

Ketepi keputusan melalui mahkamah bercanggah Perlembagaan, kata SPR

Cubaan mengetepikan seluruh keputusan Pilihan Raya 2013 oleh Pakatan Rakyat (PR) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bercanggah dengan Perlembagaan, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata, tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mahkamah hanya boleh mengetepikan mana-mana keputusan pilihan raya melalui petisyen sahaja.

"Ia di luar garis undang-undang. Mahkamah hanya batal melalui petisyen pilihan raya tetapi saya serahkan kepada keputusan mahkamah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider, hari ini.

Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan memperuntuk: "Tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan."

PR hari ini memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengetepi keseluruhan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) membabitkan 222 kerusi Parlimen dan pemilihan baru dijalankan semula.

Tindakan itu belum pernah berlaku di Malaysia, dan berkemungkinan antara yang pertama kali bagi negara-negara Komanwel.

"Kalau mereka nak buat, silakanlah. Mereka pun ada peguam yang boleh beri nasihat.

"Cuma kalau mahkamah buat keputusan, jangan mereka pertikai keputusan mahkamah. Nanti kata mahkamah pula tidak adil," katanya.

Saman itu dibuat berikutan SPR didakwa mengendalikan PRU13 secara tidak adil terutama aspek penggunaan dakwat kekal lantaran terbukti ia mudah untuk ditanggal, menyebabkan gabungan parti pembangkang terlepas peluang membentuk kerajaan persekutuan.

Saman dikemukakan ketiga-tiga parti gabungan PR- PKR, PAS, DAP - selain lima pemimpin pembangkang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Dr Dzulkefly Ahmad, M Manogaran, Arifin Rahman dan R Rajoo selaku plantif.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Wan Ahmad bersama lima anggota suruhanjaya itu pula dinamakan sebagai defendan. - 15 Julai, 2013. TMI

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular