Sunday, July 14, 2013

Kerajaan PR Selangor sumbang RM1500 untuk warga emas

PUCHONG, 14 JULAI : Seramai 150 orang semalam menerima bantuan tunai Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bernilai RM1500 setiap seorang dari Kerajaan PR Selangor.
Sumbangan itu disampaikan oleh ADUN DAP Kinrara, Ng Sze Han di Balai Masyarakat, Taman Kinrara Seksyen 1, Puchong.

Menurut Sze Han sumbangan itu adalah untuk meringankan beban perbelanjaan yang dihadapi oleh para warga emas.

“Dari 150 orang tersebut, 61 darinya dari DUN Kinrara dan selebihnya dari DUN berhampiran yang merangkumi semua kaum.

“Kerajaan PR dibawah Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mencatat simpanan negeri sebanyak RM2.8 billion, ini membenarkan kita meneruskan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor dapat diteruskan.

“Ini adalah salah satu contoh hasil negeri kembali dinikmati rakyat Selangor,” ujarnya sebaiknya menyampaikan sumbangan itu.

Selain dari itu, beliau turut menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi permit Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar dapat menambah polis bantuan untuk menjaga keselamatan di taman perumahan dan kawasan komersial.

“Kenyataan dari KPN baru-baru ini bahawa permit untuk menjaga MBPJ dan mahkamah sahaja tidak logik kerana rakyat memerlukan lebih ramai anggota polis untuk menjaga keselamatan mereka terutama di kawasan perumahan bukan sekadar jaga bangunan.

“Pembangunan di Puchong dalam 5 tahun lepas begitu pesat, rumah-rumah dan penduduk juga bertambah dengan beberapa kali ganda, jumlah anggota polis sedia ada ternyata tidak cukup untuk menjaga semua kawasan,” tegasnya. -Roketkini.com

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular