Tuesday, July 16, 2013

Harga ayam dah naik baru nak kawal?

KPDNKK lancar Skim Kawalan Harga sebelum raya
GEORGETOWN - Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang akan melancarkan Skim Kawalan Harga sempena musim perayaan mulai dua minggu lagi.

Pengarahnya Mohd Salleh Ma'amor berkata menerusi penguatkuasaan Skim Kawalan Harga itu, harga beberapa jenis barang keperluan dan makanan termasuk harga ayam bersih akan dikawal semula.

Beliau memberitahu Bernama di sini, antara barangan keperluan yang disenarai dalam skim itu ialah daging, telur, santan dan barangan lain yang digunakan orang Islam menjelang Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati harga ayam bersih di beberapa pasar berbeza dan dijual dengan harga antara RM9 dan RM10.

Tinjauan Bernama di pasar Dato Keramat, mendapati daging lembu, sawi, lada merah, lada hijau bawang besar masih dijual pada harga yang ditetapkan kecuali beberapa jenis ikan dan sayuran yang dijual berubah-ubah mengikut harga pasaran semasa. - Bernama

34 syarikat diberi lesen import ayam serta merta
BERA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memberikan lesen kepada 34 syarikat untuk mengimport ayam dari China, Thailand, Australia dan Kesatuan Eropah (EU) berkuat kuasa serta merta.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah tersebut terpaksa diambil bagi menstabilkan semula harga ayam di pasaran yang kini mencecah RM10 sekilogram.

Bagaimanapun, katanya pengimport perlu mematuhi peraturan dan syarat tertentu seperti memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan sijil kesihatan daripada Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata syarikat juga dimestikan mengimport ayam dari pusat penyembelihan yang diiktiraf Jakim sahaja.

"Nanti akan timbul isu halal dan sebagainya serta sijil kesihatan juga mereka perlu perolehi kerana ini adalah perkara yang wajibkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan dan zakat Ahli Parlimen Bera kepada 524 peneroka gugusan Felda Tembangau di Felda Tembangau 1, di sini hari ini.

Katanya kementerian tidak mempunyai halangan memberikan kebenaran kepada pihak berkenaan untuk membawa masuk ayam dari negara-negara disenaraikan kerana ingin membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menstabilkan semula harga ayam di pasaran.

"Diharap pihak berkenaan dapat membawa masuk 2.2 sehingga 2.4 juta ekor ayam sehari bukan sahaja bagi menstabilkan semula harga ayam di pasaran tetapi dapat memenuhi keperluan umat Islam sepanjang bulan Ramadan sehingga menjelang hari raya Aidilfitri nanti," katanya.

Katanya kebenaran itu turut diberikan bagi mengimport ayam bulat dan juga ayam yang dipotong pada bahagian tertentu.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menafikan pandangan Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah kononnya permintaan terhadap ayam pada bulan Ramadan menurun.

"Sebenarnya permintaan terhadap ayam memang meningkat daripada 1.4 juta sehari kepada 2.2 juta sehari. Walaupun umat Islam berpuasa tetapi mereka makan ayam dua kali sehari seperti hari-hari biasa iaitu pada sewaktu berbuka puasa dan bersahur.

"Kita ada statistiknya kerana kementerian terlibat secara langsung berkaitan dengan industri ternakan ayam di negara ini," katanya.

Beliau juga akan mendapatkan penjelasan dan laporan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengapa harga ayam di Pasar Tani Shah Alam, Selangor masih mahal dan dijual pada harga RM8.40 sekilogram.

"Sepatutnya ayam yang dijual di pasar tani ialah RM7.80 setelah diberikan diskaun tetapi peniaga tidak menjual pada harga tersebut kepada pengguna," katanya.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular