Sunday, July 14, 2013

Dato Seri Najib Dan Dr Mahathir Sudah Bertaubat?

Nama seperti Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamed adalah nama tokoh yang tidak asing bagi rakyat Malaysia dan mereka juga dikenali oleh pemimpin negara-negara Islam di peringkat antarabangsa. Sebagai rakyat Malaysia saya kira ramai mengenali mereka walaupun ada juga rakyat negara ini yang tidak mengenali, itu bukan urusan penulis.


Rakyat Malaysia yang beragama Islam terbahagi kepada 3 golongan besar iaitu yang pertama pengikut aliran pemikiran kepada dua tokoh itu, kedua golongan yang tidak ambil peduli apa yang dua tokoh itu lakukan dan golongan ketiga ialah mereka yang menentang dasar dan aliran pemikiran dua tokoh tersebut kerana banyak bertentangan dengan prinsip Islam yang syumul.

Di sini penulis ingin menyorot sedikit ucapan kedua-dua pemimpin itu sekitar tahun 1992 iaitu hampir 21tahun yang lalu dan marilah kita melihat apakah aliran pemikiran mereka masih mengalir dalam pemikiran masyarakat Islam hari ini. Mereka bijak menggulung kata-kata dan menitis air mata sehinggalah mereka mampu bertahan sampai hari ini, belum boleh dijatuhkan. Hebat!!

Jom kita perhatikan bait-bait ucapan terbuka mereka:

1. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”
- Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

2. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”
- Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.

Saya berfikir dan bertanya, bilakah Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamed menarik balik ucapan sebegitu secara terbuka? Bagaimana JAKIM menjustifikasikan jenis ucapan itu? Apakah JAKIM memberikan TAULIAH kepada mereka tanpa ada tarikh luput yang kebiasaannya mesti diperbaharui setiap 5 tahun? Lain pula kepada penceramah-penceramah yang bersedia beri ceramah tanpa tauliah dari Jabatan Agama? Sah kena tangkap denda RM3000 dan penjara 2 tahun. Penulis tidak pasti….

Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamed Mereka boleh berucap begitu secara terbuka dan rakyat pula masih merakamkan dan menyimpan ucapan mereka maka APAKAH MEREKA SUDAH BERTAUBAT?

Catatan;

Batu Pahat, Johor 13 Julai 2013

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular