Monday, July 15, 2013

Dakwaan Sektor Pelancongan Berkembang Adalah Bohong

KUALA BESUT : Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan dakwaan Umno yang mengatakan aspek pelancongan di Kuala Besut amat berkembang adalah satu pembohongan.
Beliau menyanggah dakwaan ini berikutan muara di Kuala Besut ini amat cetek dan mengakibatkan aktiviti-aktiviti laluan bot terpaksa mengambil masa yang panjang.

Mengikut beliau, kerajaan BN yang telah lama diberi peluang memerintah negeri ini walaubagaimanapun telah mengabaikan masalah tersebut. Akibatnya pendapatan rakyat terjejas teruk sehingga penduduk di Kuala Besut menjadi antara penduduk termiskin di Terengganu.

Beliau turut menyifatkan kerajaan BN tidak prihatin kepada permasalahan ini yang menjejaskan ekonomi rakyat tempatan.

"Kerajaan (BN) tidak prihatin untuk menyelesaikan permasalahan besar ini. Sepatutnya kerajaan perlu menjalankan proses pengerukan di mana muara sungai ini perlu digali semula bagi membangunkan sektor pelancongan setelah nelayan merubah kerjaya mereka."

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular