Monday, August 5, 2013

Yang nih pak menteri tak nak komen ke?

Syarikat Abu Dhabi minat projek lebuh raya rakyat
KOTA BHARU: Menjelang sambutan Aidilfitri Khamis ini, jalan utama menghala ke Kota Bharu sekali lagi menjadi sendat. Kesesakan begitu ketara sejak semalam.


Dan hari ini aliran trafik ke pusat bandar dari Jalan Kuala Krai begitu ketara sehingga kenderaan terpaksa bergerak perlahan.

Kenderaan bertali arus memasuki Kelantan melalui Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh. Paling ketara di laluan Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu.

Mengambil kira masalah tersebut kerajaan negeri merancang membina lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu sepanjang 68 km, sebagai laluan alternatif selepas projek berkenaan dipinggirkan kerajaan pusat sejak 1986.

Anggota Exco kerajaan negeri, Hanifa Ahmad berkata, kerajaan negeri melantik konsultan baru pada 26 Julai lalu bagi menyediakan kertas cadangan projek berkenaan.

Katanya, langkah itu dibuat memandangkan konsultan sebelum ini mengundur diri.

“Syarikat Ecobound Sdn Bhd dengan kerjasama Emirates House Group sebuah syarikat berpangkalan di Abu Dhabi sedang menyiapkan cadangan lengkap projek tersebut.

“Konsultan berkenaan diberi tempoh tiga bulan bagi menyediakan kertas cadangan projek secara menyeluruh untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri,” katanya di sini.

Pecah tanah projek lebuh raya rakyat diadakan pada 28 Mei 2012 dengan mengambil kira keperluan mendesak di Kelantan, selepas diketepikan kerajaan pusat sejak sekian lama.

Kerja-kerja meratakan laluan sudah dilakukan di tapak projek berhampiran Bukit Bakar, Machang awal tahun ini. Bagaimanapun projek berkenaan terhenti berikutan kontraktor menarik diri.

Hanifa berkata, syarikat dari United Arab Emirates tersebut juga mendapat kerjasama Islamic Development Bank (IDB) sebagai sumber kewangan membiayai projek lebuh raya raya.

“Projek tersebut dibina menggunakan kaedah wakaf di mana orang ramai turut membiayai bagi membina infrastruktur projek terbabit.

“Dan sehingga sekarang lebih RM2.6 juta dana wakaf dikumpul daripada orang ramai. Dan kita jangka dana itu meningkat sehingga RM6 juta.

“Dana wakaf tersebut belum lagi diusik dan ia akan digunakan bagi membina jambatan di sepanjang laluan Kuala Krai ke Kota Bharu,” ujarnya.

Sementara itu difahamkan tender bagi membina lebuh raya berkenaan dari Pasir Hor ke Kadok sepanjang tujuh km di bawah projek ECER telah ditutup.

Projek tersebut melalui jajaran sama dengan lebuh raya rakyat difahamkan membabitkan kos RM200 juta.

Oleh itu Hanifa berkata, kerajaan negeri merakam ucapan terima kasih di atas kesediaan kerajaan pusat membina sebahagian pakej lebuh raya berkenaan.

“Kerajaan negeri juga telah menulis kepada Menteri Kerjaraya bagi mengadakan pertemuan untuk membincang lebih lanjut projek lebuh raya di Kelantan,” ujarnya. - Harakah

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular