Tuesday, August 6, 2013

Rahsia Pemimpin Umno sanggup derhaka kepada kereta nasional terbongkar!!

"Adakah ianya disebabkan kereta kedua-dua model kereta Honda ini dipasang oleh kilang DRB-Hicom di Pekan di mana syarikat ini milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary?..


kedua-dua model kereta Honda ini ialah kereta Completely Knocked-Down (CKD) yang dipasang oleh kilang DRB-Hicom di Pekan, Pahang, iaitu kawasan Parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak... 

"Yang pasti ialah pemimpin-pemimpin Umno telah hilang kredibiliti mereka apabila mereka sanggup "menderhaka" terhadap kereta nasional.
--------------------------------------------------------------

PETALING JAYA: ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San terperanjat kenapa kerajaan pusat menukarkan kereta Proton Inspira yang masih baru kepada kereta Honda Accord 2.0L sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Katanya, mengapa kerajaan menggunakan kereta Honda Accord 2.4L dan 2.0L dan bukan kereta-kereta yang lain?

“Adakah ianya disebabkan kereta kedua-dua model kereta Honda ini dipasang oleh kilang DRB-Hicom di Pekan di mana syarikat ini milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary?” tanya beliau dalam satu kenyataan media kepada FMT hari ini.

Pada masa yang sama beliau meminta kerajaan pusat menjelaskan berapa kos yang terlibat dalam pembelian kereta Honda Accord ini.

Kerajaan pusat di bawah BN tempoh hari telah membuat keputusan untuk menggantikan Proton Perdana Executive Anggota Pentadbiran, Yang Di-Pertua dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Hakim dan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Gred Utama/Khas A dan ke atas, dengan kereta Honda Accord 2.4L.

Sementara itu, kereta rasmi Proton Inspira yang diguna tidak lama dahulu oleh Pegawai-pegawai Perkhidmatan Gred Utama/Khas B dan C juga akan diganti dengan kereta Honda Accord 2.0L.

Dilaporkan media bahawa kedua-dua model kereta Honda ini ialah kereta Completely Knocked-Down (CKD) yang dipasang oleh kilang DRB-Hicom di Pekan, Pahang, iaitu kawasan Parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Lau lagi, apabila pada tahun 2008 kerajaan negeri Selangor dan Perak di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) telah memutuskan untuk menggantikan kereta-kereta Proton Perdana Executive dengan kereta Toyota Camry 2.4L sebagai kereta rasmi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco), ia terus dikritik oleh pemimpin-pemimpin Umno sebagai tidak “patriotik” .

“Sedangkan alasan untuk menggantikan kereta-kereta Proton Perdana Executive ialah disebabkan kos penyelenggaraannya yang terlalu tinggi serta kerosakan yang kerap berlaku pada kereta nasional itu,” katanya lagi.

Sebaliknya, pemimpin-pemimpin Umno ini diam apabila kerajaan Terengganu dan Sabah di bawah BN kemudiannya membuat keputusan yang sama apabila kedua-dua kerajaan negeri ini membuat keputusan untuk menggantikan kereta-kereta rasmi Proton Perdana Executive dengan kereta Mercedes-Benz dan Volvo masing-masing.

“ Kedua-dua jenama kereta ini dikatakan jauh lebih mahal dan mewah daripada Toyota Camry,” sambungnya lagi.

ADUN DAP itu berkata pemimpin-pemimpin Umno telah hilang kredibiliti mereka apabila mereka sanggup “menderhaka” terhadap kereta nasional.

“Janganlah mereka menuduh kerajaan PR pada masa depan dengan tohmahan yang sama apabila mereka sendiri juga melakukan perkara yang sama,” tegasnya.

'Kenapa kereta rasmi yang dipasang di Pekan?' - Malaysiakini
Tindakan kerajaan mahu menggantikan kereta rasmi keluaran Proton dengan model Honda dipertikaikan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat.

Lau Weng San (Kampung Tunku) mempersoalkan, kenapa kereta Proton Inspira kegunaan pegawai perkhidmatan gred utama yang masih baru perlu ditukar kepada Honda Accord 2.0L.

"Kedua, mengapa kerajaan menggunakan kereta Honda Accord 2.4L dan 2.0L dan bukan kereta-kereta yang lain?" soal ADUN DAP itu.

"Adakah ianya disebabkan kereta kedua-dua model kereta Honda ini dipasang oleh kilang DRB-Hicom di Pekan di mana syarikat ini milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan anggota Parlimen Pekan.

Dalam kenyataannya hari ini, Lau membangkitkan isu kerajaan Perak pimpinan Pakatan sebelum ini yang menukar Proton Perdana Executive Toyota Camry 2.4L sebagai kereta rasmi exco.

Katanya, ketika itu pemimpin Umno mengkritiknya sebagai tidak "patriotik" walaupun alasannya ekoran kos penyelenggaraan tinggi serta kerosakan yang kerap berlaku.

"Yang pasti ialah pemimpin-pemimpin Umno telah hilang kredibiliti mereka apabila mereka sanggup "menderhaka" terhadap kereta nasional.

"Janganlah mereka menuduh kerajaan Pakatan pada masa depan dengan tohmahan yang sama apabila mereka sendiri juga melakukan perkara yang serupa.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular