Tuesday, August 6, 2013

Ini petisyen pertama yg diterima untuk dibicarakan oleh Mahkamah Pilihan Raya

Kota Kinabalu: Mahkamah Pilihan Raya di sini semalam memerintahkan perbicaraan bagi petisyen kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias yang dimenangi calon PKR, Datuk Lajim Ukin.

Hakim Datuk Yew Jen Kee membuat keputusan itu selepas mendapati perkara dibangkitkan calon Barisan Nasional (BN), Isnin Aliasnih berhubung bahan cetak tidak memaparkan nama pencetak dan penerbit serta berlaku rasuah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), perlu dibicarakan.

Keputusan itu adalah petisyen pertama diterima untuk dibicarakan oleh Mahkamah Pilihan Raya setakat ini.

Jee Kee bagaimanapun memutuskan petisyen terhadap Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Klias dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditolak kerana perkara ditimbulkan Isnin terhadap dua responden itu tidak memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya.

Isnin yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort diarahkan membayar RM10,000 kepada kedua-dua responden terbabit.

Pada prosiding itu, Isnin diwakili Jaafar Esteban, Rizuan M Borhan dan Saiful Azian Mokhtar, manakala Lajim oleh Datuk Chau Chin Tang serta Datuk Lawrence Thine. SPR diwakili Peguam Kanan Persekutuan Mohd Radhi Abas.

Petisyen Lajim ditolak
Pada PRU-13, Lajim menang DUN Klias dengan majoriti 179 undi selepas memperoleh 6,324 undi, Isnin (6,145 undi), Mohd Sanusi Taripin (SAPP) 182 undi, manakala Aliapa Osman (STAR) 71 undi.

Pada prosiding sama, Jen Kee turut menolak petisyen Lajim untuk membatalkan keputusan PRU-13 bagi kerusi Parlimen Beaufort dimenangi calon BN, Datuk Azizah Mohd Dun.

Keputusan itu dibuat selepas pempetisyen gagal mengemukakan kesalahan pada petisyen mereka mengikut Seksyen 11 (1) (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya selain tidak mempunyai merit.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

1 comment:

zamy said...

dah takutlah tu...PR dah nak buat rayuan....mana-mana pun maka akan terbongkar kebusukan UMNO/BN nanti juga.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular