Monday, August 5, 2013

Perkasa, jangan bazirkan air liur basi kamu

Dia permainkan lagu NegaraKu pun langsung tiada sebarang tindakan...inikan pula sekadar kutuk FINAS...kepada Perkasa.... jangan bazirkan air liur basi kamu sekadar mendesak....suara kamu UMNO dah langsung tidak ambil pusing. BB

PERKASA, NAMEWEE, THE NEW VILLAGE DAN TANDA PUTERA APA KESUDAHANYA
Kumpulan hak-hak Melayu, PERKASA mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pembikin filem, Namewee, kerana mengkritik kerajaan yang mengarahkan supaya dikaji semula kelulusan filemThe New Village, yang menyebabkan tayangan  filem itu tertangguh.

Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim berkata Namewee telah berkelakuan melampau dalamposting blog videonya di Youtube, di mana dia mengembar-gemburkan tentang 'double standard'  dalam pendekatan pihak berkuasa terhadap industri filem.
Namewee berkata, walaupun filem itu adalah tentang Parti Komunis dulu tetapi menurutnya itu semua hanya sekadar sejarah.

"Tak kan kerana beberapa bantahan bodoh, kamu pun sekat filem ini," kata Namewee sambil menyifatkannya sebagai keterlaluan, sertaj membangkitkan tentang satu lagi filem kontroversi Tanda Putera yang akan ditayangkan pada 29 Ogos.
Tayangan filem Tanda Putera telah ditangguhkan beberapa kali sejak tahun lepas kerana kritikan terhadap babak rusuhan Mei pada 1963

Filem The New Village sepatutnya mula ditayangkan pada 22 Ogos, tetapi Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan Lembaga Penapisan Filem (Finas) mengkaji semula filem itu berikutan aduan oleh Exco Pemuda Umno, Lokman Adam yang mendakwa filem itu mengagungkan komunisme.

Namewee juga mengadu mengenai masalah yang dihadapinya dengan pengawal selia filem, terutama dengan filem terbarunya  Kara King, yang ditayangkan mulai 1 Ogos.

Beliau berkata tayangan filem itu telah ditangguhkan sejak Tahun Baru Cina dan pengawal selia hanya memberi tarikh tayangan mulai 1 Ogos dalam tempoh yang singkat.

Akibatnya, dia tidak sempat melakukan kerja-kerja promosi dan membuat tayangan secara serentak di beberapa negara seperti yang dirancang.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular