Monday, August 5, 2013

Ini boleh mendatangkan AMARAH kepada UMNO Selangor!!

Mujur sangat UMNO BN Selangor di bawah pimpinan Najib gagal untuk merampas Selangor di dalam PRU13 yang lalu. Jika tidak, habis dikitainya dan lunyailah wang rezab Selangor yang 3 billion itu.


Wpun Menteri Besar S'ngor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seorang yg gagap & kedekut duit tetapi beliau telah berjaya menguruskan kewangan negeri di tahap yg terbaik & beramanah.

Islam menggalakkan sifat sederhana dalam perbelanjaan dan penggunaan bukannya spt puok2 UMNO-BN. - ~Arabic~

p/s: Pasti puok2 UMNO S'ngor khususnya & KERAjaan-NAJIB amnya 'MELILIR AIR LIUR' sampai ke lantai kerana gagal merampas balik negeri S'ngor.

Laporan kewangan terkini dari Jabatan Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan rezab Kerajaan Negeri Selangor terus meningkat dari RM2.7 bilion sebelum ini kepada hampir mencecah RM3 bilion.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, wang rezab itu kemudiannya akan diuruskan mengikut satu garis panduan yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2014 pada bulan November akan datang.

“Dalam Belanjawan November nanti kita akan terangkan bagaimana kita mentadbirkan rezab negeri, bagaimana penggunaannya jika perlu.

“Hanya lima tahun lepas kita asyik sibuk memastikan simpanan kita terkumpul, baru kali ini kita dah ada simpanan terkumpul dan sekarang kita boleh buat beberapa program menggunakannya dengan lebih tertib dan lebih efisyen,” kata Abdul Khalid .

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jom Shopping Bantuan Raya di Pasaraya Besar Econsave, Pandamaran di sini.

Ujar, Abdul Khalid memberitahu pada ketika ini Kerajaan Negeri tidak menetapkan sasaran jumlah tertentu yang perlu ada dalam rezab Kerajaan Negeri.

Sebaliknya menurut beliau, jumlah rezab tersebut bergantung kepada keadaan ekonomi semasa.

“Terpulang pada keadaan ekonomi negeri, kalau ekonomi meningkat, hasil negeri meningkat dan tentulah simpanan negeri dipertingkatkan.

“Ekonomi ini ada turun naik, kalau ekonomi turun kita boleh gunakan rezab ini untuk menolong Kerajaan Negeri dalam pentadbiran,” ujar Abdul Khalid lagi. Selangorku

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular