Mana Muhyiddin?
Muar – Seorang warga emas hidup dalam keadaan serba kekurangan tanpa kemudahan asas yang sempurna dengan bergantung sepenuhnya kepada tadahan air hujan.
Muar – Seorang warga emas hidup dalam keadaan serba kekurangan tanpa kemudahan asas yang sempurna dengan bergantung sepenuhnya kepada tadahan air hujan.
Mariamah (kanan) menunjukkan tadahan air hujan dalam pembetung yang digunakannya.
Mariamah Saimin, 80, dari Kampung Parit Mislam, Seri Menanti dekat sini, mengakui sudah biasa menggunakan air hujan sejak dilahirkan hingga membuatkannya tidak berminat untuk beralih kepada penggunaan air paip yang lebih bersih serta terjamin keselamatannya.
“Tadahan air hujan dalam pembetung ditapis guna kain, kemudian disimpan dalam tempayan untuk kegunaan memasak dan mandi.
“Saya pernah cuba minum air paip yang dimasak tetapi tekak tidak dapat terima dan membuatkan saya kekal guna air hujan sehingga kini,” katanya kepada Sinar Harian.
Mariamah berkata, dia tinggal sendirian di rumah usang itu sejak kematian suami, kira-kira 15 tahun lalu.
"Mujurlah dengan hasil jualan kelapa sawit dan buah kelapa, saya mampu meneruskan hidup dan berharap akan terus dikurniakan kesihatan yang baik serta dijauhi dari sebarang penyakit yang serius," katanya.
Kisah Mariamah itu mendapat perhatian Persatuan Penternak Kupang Daerah Muar apabila menghulurkan bantuan barangan dapur kepada warga emas berkenaan yang turut disertai Adun Sungai Balang, Zaiton Ismail, baru-baru ini. -SH
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
No comments:
Post a Comment