Monday, August 5, 2013

GempaQ!! Ketua Wanita dan Ketua Pemuda UMNO bergaduh?

Akta pencegahan: Pemuda tak setuju, Wanita Umno sokong
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini menyokong usaha mewujudkan kembali undang-undang pencegahan jenayah tanpa bicara - satu pandangan yang berbeza dengan pendapat peribadi ketua pemuda Umno yang menolak penguatkuasaan undang-undang begitu.

"Kami nak minta supaya kerajaan wujudkan kembali undang-undang pencegahan jenayah apabila mengambil kira kebimbangan rakyat (terhadap jenayah)," kata Shahrizat.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada 'Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pasukan Beruniform' di Kuala Lumpur petang tadi.

Shahrizat turut mencadangkan dua langkah tambahan diwujudkan jika kerajaan melaksanakan kembali cadangan itu.

"Kita minta tahanan di bawah undang-undang tersebut diberi peluang untuk pembelaan mereka di hadapan lembaga penasihat di dalam mahkamah biasa dan dibicarakan secara dalam kamera.

"Kita faham tentang bagaimana sensitifnya (sesetengah) isu itu dan (ia) perlu diadakan diadakan (secara tertutup) menerusi kamera.

Langkah kedua pula adalah mewujudkan satu panel penasihat terdiri daripada pakar undang-undang untuk menasihati menteri dalam negeri sebelum mana-mana individu ditahan tanpa bicara.

"Kami rasa dengan adanya 'check and balance' ini tidak ada sebab kenapa undang-undang yang mencegah jenayah tidak boleh diwujudkan untuk membantu pasukan keselamatan menjaga keselamatan negara," katanya lagi.

Cadangan itu dibuat Shahrizat sehari selepas Khairy menggesa tupuan diberikan kepada usaha meningkatkan kemampuan dan kecekapan anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani kadar jenayah dan bukannya memperkenalkan satu undang-undang baru.

Khairy yang juga menteri belia dan sukan berkata, pasukan polis sebenarnya telah mempunyai kuasa yang agak besar di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang membenarkan mereka membuat tahanan reman terhadap mana-mana suspek jenayah.

Khairy: Perlu tingkat kecekapan polis, bukannya undang-undang baru
1:49PM Ogos 3 2013
Tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha meningkatkan kemampuan dan kecekapan anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani kadar jenayah dan bukannya memperkenalkan satu undang-undang baru. klik SINI

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular