KUALA LUMPUR: Sempena hiruk pikuk isu permasalahan Kolej Universiti Insaniah (KUIN), seorang kakitangan Insaniah Holding Sdn Bhd (IHSB), ingin memberikan keterangan sebagai pencerahan kepada beberapa pihak.
Menulis di dalam blognya, penulis menyatakan bahawa kenyataan ini dibuat di atas pemerhatian, pengalaman dan perbincangan bersama rakan-rakan lain selama mana saya masih ditakrifkan sebagai salah seorang staff IHSB.
"Saya akan hanya menyentuh isu staf dan pengurusan. Buat masa ini saya tidak akan menyentuh pelajar, tidak bermakna isu pelajar tidak berhak mendapat keutamaan, walaupun isteri saya sendiri adalah salah seorang graduan KUIN yang agak kurang bernasib baik," tulisnya.
Ini, ujarnya kerana masalah pembayaran gaji ini secara tidak langsung akan turut menyumbang kepada kerumitan masalah pelajar yang lebih teruk sekirannya tidak dibendung.
Selain dari masalah tidak dibayar gaji, kakitangan juga menghadapi masalah status gantung tidak bertali. Kami berdepan dengan situasi yang mudah digambarkan sebagai “Constructive Dismissal”. Di mana majikan gagal membayar gaji dan gagal memberi penjelasan tentang status penjawatan kami. Keadaan ini membawa tekanan kepada kakitangan dan membuatkan ramai yang ingin meletakkan jawatan. Harakah
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
No comments:
Post a Comment