UMNO sebuah parti yang teramat unik sekali dalam pembacaan kita yang berada di dunia ini. UMNO adalah sebuah parti lemah kepimpinannya tetapi tetap memegang kuasa kerana keunikan politik di negara ini. UMNO perlu diubah hanya dalam keadaan tertentu sahaja.
Semasa UMNO lemah ia tidak perlu diubah kerana kelemahan itu dilakukan oleh semua yang berkuasa. UMNO terpaksa mengubah kepimpinannya apabila parti itu hanya mendapat 140 kerusi dan hilang dua pertiga. Itu yang dihadapi oleh Abdullah Badawi pada PRU ke 12 dahulu. Jika mendapat rendah dari angka itu UMNO tidak perlu diubah.
Dalam pilihanraya yang akan datang pula UMNO mesti mendapat kemenangan jauh rendah dari 133 seperti yang diperolehinya pada PRU yang ke 13 baru-baru ini dan ia tidak perlu berubah. Yang perlu diubah jika parti itu mendapat 140 kerusi sahaja.
Sekarang ini jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak boleh ditandingi maka jawatan Naib Presiden juga tidak perlu ditandingi dan hanya mengekalkan ketiga-tiga yang menyandang jawatan itu sahaja. Ada suara lagi, iaitu jawatan Ketua Pemuda dan Wanita juga jangan dipertandingkan.
Jika begitu keadaannya elok semua jawatan yang dipegang oleh penyandang dari semua lapisan kepimpinan parti itu jangan dipertandingkan. Alasannya ialah supaya tidak ada perpecahan dalam parti. UMNO hanyalah satu-satu parti yang akan bersatu jika tidak ada pertandingan jawatan. Saya pernah mencadangkan agar UMNO itu di ubah Perlembagaan nya. Jawatan kosong itu hanya boleh dipertandingkan jika penyandangnya mati atau sudah bercakap seorang diri (gila).
Buku perlembagaan parti itu dipenuhi dengan atur peraturan mesyuarat dan cara serta kaedah untuk memilih kepimpinan setiap peringkat sahaja. Oleh kerana terlalu banyak suara-suara yang tidak membolehkan ahlinya melaksanakan atur peraturan perlembagaannya elok hanya kekalkan BAB 3 perlembagaan itu sahaja dan yang lainnya dibuang sahaja melalui Perhimpunan Agung khas sahaja.
Dengan cara ini ia akan membolehkan kumpulan dan ‘warlords’ yang tertentu sahaja menentukan semua kes pertelingkahan dalam parti. Banyak parti dalam negara ini mempunyai perangai dan nilai seperti ini dan ia tentunya satu fenomena yang tidak akan mampu menjaga kebaikan ahli-ahli parti dan seterusnya akan melemahkan kepimpinan negara. Justeru, itu lah sebabnya berlaku situasi jika 140 kerusi dimenangi maka pimpinan perlu diubah jika lain dari angka 140 malahan lebih kurang dari itu, pimpinan semua peringkat tidak perlu diubah.
Di negara ini kuasa itu ialah untuk pimpinan dan orang tertentu sahaja. Hanya mereka yang mempunyai otot yang keras dan kuat sahaja boleh melakukan apa-apa yang mereka kehendaki. Ada parti yang melakukan kesilapan dan kesalahan dalam pengkiraan undi dalam partinya, tidak mahu akur kepada ROS kerana hendak tahu mana undang-undang yang diguna-pakai untuk meminta pemilihan parti dibuat sekali lagi.
Tetapi mereka tidak bertanya apa pula undang-undang yang dipakainya jika kesalahan pengiraan undi yang di syaki dilakukan dengan sengaja itu, untuk menukar jumlah undi tanpa diketahui oleh mereka yang mengundi itu. Parti itu sendiri tahu yang mereka telah melakukan kesalahan dan berbagai permohonan untuk menangguhkan keputusan dari ROS telah diterima dengan baik oleh ROS.
Sekarang apabila ROS terpaksa melakukan tanggungjawabnya maka ROS pula yang menjadi sasaran parti itu. Sekarang siapa yang menjadi penentu kepada keputusan itu? Parti itukah atau badan yang dikhaskan untuk menjadi pemantau kepada semua pertubuhan di negara ini?
Lakonan dan sepak terajang parti itu sangat jelas dan mereka tahu jika tidak di laksanakan arahan ROS itu, parti itu mungkin akan di batalkan pendaftarannya. Adakah ini sebenarnya yang dikehendaki parti itu? Kalau itu kehendak parti itu maka nyatakan dengan jelas yang mereka mahu melakukannya seperti apa yang dilakukan oleh UMNO dahulu. Dengan cara itu sahaja kumpulan yang sedang hebat dengan kuasa itu boleh menentukan siapa yang hendak dikekalkan dan siapa yang hendak dibuang apabila jawatankuasa penaja kepada parti penggantinya nanti ditubuhkan.
Itu sebabnya ada pihak dalam parti itu hendak mengambil tindakan undang-undang terhadap ROS kerana telah membuat kenyataan yang ada pihak dalam parti itu hendak menubuhkan parti baru. Mereka terasa malu apabila kehendak mereka yang ada di dalam hati mereka dikeluarkan dipengetahuan umum oleh ROS.
Apabila kita mendengar dan mengetahui perkara ini berlaku maka ramai yang rasa tertipu dengan permainan mereka yang berkuasa. Rakyat yang mahukan perjuangan yang jujur di selewengkan oleh pimpinan yang semakin hari semakin lemah itu. Sesungguhnya penyakit yang dihadapi UMNO selama ini merupakan penyakit yang begitu ‘contagious’ dan kumannya telah hidup dalam sebuah parti pembangkang itu juga.
Maka dimana dia pihak yang sebenarnya jujur untuk rakyat? Rakyat berarak kehulu kehilir untuk menyokong mereka tetapi akhirnya rakyat sudah sedikit semi sedikit sedar yang mereka yang menyokong perubahan itu juga tidak mempunyai kejujuran. Malahan menerima budaya yang ada didalam UMNO untuk dimesrakan dengan budaya parti pembangkang itu.
Mereka terlalu takut menghadapi pemilihan sekali lagi kerana mereka tahu yang mereka tidak begitu ‘legitimate’ kepimpinan mereka. Tetapi orang ramai tahu. Mereka bolehlah lakonkan berbagai-bagai adegan politik mereka akhirnya mereka akan menghadapi masalah jua. Itu lah sebabnya mungkin mengapa mereka tidak pernah mendapat kuasa kerajaan pusat kerana mereka mesti percaya yang segala-galanya ditentukan oleh ‘nature’.
Kemenangan yang sudah sampai kebibir tidak dapat ditelan malahan kejayaan itu lari sekelip mata sahaja. Maka sangat besar hikmahnya dengan kegagalannya mendapatkan mandat rakyat dalam pilihanraya dahulu kerana usaha mereka tidak di bawa bersama niat dan kejujuran yang sebenarnya.
Selepas ini jangan di salahkan mana-mana pihak diatas kegagalan masing-masing. Bagi mereka yang sayangkan negara nilai dan pemikiran ‘migrant’ ini perlu dikikis habis-habisan sebelum boleh mengaku berjuang untuk kepentingan negara yang tercinta ini.
Sesungguhnya jika niat kita terlalu tidak bersih di dalam, ia akan terzahir juga diluaran dan mudah dibaca dan di fahami oleh manusia yang kini lebih berfikir dan berbudaya.
Mereka yang mempunyai ‘migrant mentality’ tidak akan berjaya memperjuangkan kehendak negara Malaysia yang penuh dengan adat dan budaya berbilang kaum ini. Mereka yang masih mempunyai ‘migrant mentality’ tidak boleh berjuang untuk kepelbilangan kaum dinegara ini.
Bolehlah berlakon sana sini sedikit-sedikit tetapi rakyat ramai akan tahu juga akhirnya. Rakyat juga pandai mengintai-ngintai niat dan tujuan apa yang kita lakukan itu.
Saya selalu bercakap yang rakyat yang matang boleh ‘menyelam air didalam tunggak’ - Aspan Alias
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
No comments:
Post a Comment