Monday, August 5, 2013

Berita Aneh Dekat Raya - Kpd Siapa Harus Aku Simpati?

Bila teringat berapa ramai CIMB yang didakwa menjadi pengundi hantu masa PRU13, Yong menjadi orang yang tak kisah bila membaca berita malapetaka yang terjadi kepada petualang ini.

Tetapi..entah-entah bukan demer. Lagipun demer orang juga. Demerpun nak balik jumpa keluarga tersayang yang menunggu di seberang.

Apapun, apabila membaca berita penumpang bot yang karam itu adalah pendatang tanpa izin, Yong bertanya pada diri - patutkah aku simpati sedangkan aku marah! Kemarahan yang tidak tahu kepada siapa harus dilemparkannya?

Sesungguhnya Yong marah pada sistem keselamatan negara yang memberi peluang kepada pendatang tanpa izin datang dan pulang sesuka hati. Datang dan pulang tanpa pengesahan bagai negara ini tiada undang-undang.

Persoalannya:
Siapa yang membawa demer masuk?
Siapa yang memberi demer pekerjaan?
Siapa yang memberi demer cuti untuk pulang?
Siapa yang menguruskan perjalanan?
Siapa yang menyediakan bot pancung?

Sebab itu Yong kata berita ini aneh dan meransang kemarahan.

Kepada siapa harus aku simpati?
Kepada pendatang tanpa izin mangsa bot karam?
Atau kepada rakyat Malaysia yang telah dicuri undi?

Takziah kepada pendatang tanpa izin yang menjadi mangsa bot karam.
Bila kamu dapat pulang nanti, jangan kembali ke Malaysia. yongsukakuning.blogspot.com

Empat lagi mangsa bot karam di Tanjung Siang ditemui selamat - Bernama
Mangsa bot karam menunjukkan kecederaan mereka di pangkalan APMM. - Gambar oleh pembaca The Malaysian Insider, 3 Ogos, 2013.

Empat lagi penumpang bot pancung yang karam malam kelmarin di antara perairan Sedeli dan Penawar berhampiran Tanjung Siang, Kota Tinggi, Johor berjaya diselamatkan setakat tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Mohd Nor Rashid, berkata empat mangsa itu ditemui oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), menjadikan jumlah mangsa yang ditemui selamat setakat ini lapan orang.

Sebelum ini, empat mangsa ditemui nelayan tempatan dan APMM pada kira-kira jam 4 petang semalam dan empat lagi mangsa yang terselamat ditemui malam semalam.

Pada masa sama, katanya, beliau mengarahkan semua balai polis berhampiran dengan pantai supaya menugaskan anggota untuk memantau pantai berhampiran kawasan mereka.Katanya, operasi mencari dan menyelamat yang disertai oleh APMM, Jabatan Laut dan pasukan Polis Marin akan bersambung jam 8 pagi hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku lewat malam kelmarin, sebuah bot pancung yang dipercayai membawa seramai 40 pendatang tanpa izin warga Indonesia ke Batam untuk menyambut Aidilfitri karam dipukul ombak besar.

Mereka sebelum itu dipercayai berlepas dari Tanjung Siang lewat petang kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku ketika cuaca ribut dan tragedi malang itu hanya disedari kira-kira jam 4 petang semalam apabila sekumpulan nelayan menemui tiga mangsa berpaut pada tong plastik.

Seorang lagi ditemui oleh bot peronda APMM yang melakukan rondaan rutin di kawasan itu. - Bernama, 3 Ogos, 2013.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular