Thursday, December 1, 2011

Video Sharizat MEROYAN di PWTC dan Pendedahan NFC Beli Mercedes Benz berharga RM534,622

NONEPKR dedah pula dakwaan pembelian tanah, kenderaan
Nov 30, 2011 PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa dana National Feedlot Corporation (NFC) itu digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 pada Disember 2009.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Rafizi mendakwa pembelian itu dibuat oleh National Meat and Livestocks Corporation, sebuah syarikat milik penuh keluarga Shahrizat.

Dakwanya, bayaran untuk membeli kenderaan terbabit pada Disember 2009 dibuat NMLC melalui dana yang disalurkan melalui NFC.

"(Bayaran untuk) menyelenggara pula dibuat terus daripada akaun NFC. Saya pasti ia adalah untuk kegunaan pengarahnya," dakwanya lagi.

Selain itu, Rafizi juga mendakwa, NMLC telah membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya dengan bayaran berjumlah RM3,363,507.

Pendedahan hari ini timbul berikutan tindakan Shahrizat yang menggunakan peluang berucap di perhimpunan agung Umno hari ini untuk menyerang pemimpin PKR berhubung siri pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dana NFC. - MK

Skandal NFC: Dana untuk beli Mercedes, biayai percutian mewah

Nov 30, Memandangkan Ketua Wanita UMNO langsung tidak menunjukkan tanda-tanda beliau insaf setelah KEADILAN membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC, saya terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang dibuat keluarga beliau:

1. Pada 9 Disember 2009, keluarga Shahrizat Jalil menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.

2. Dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya. Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis.

3. Semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS). Siasatan KEADILAN menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati laman http://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/).

Antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS. Ini menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan? Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?

4. Pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri. Tindakan ini bertentangan dengan fungsi NFC tatkala Ketua Pemuda UMNO mendakwa bahawa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura kerana daging mentah Malaysia tidak boleh dieksport ke Singapura. Jika itu keadaannya, kenapa sejumlah besar wang dipindahkan ke Singapura?

Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan - sama ada menjelaskan satu persatu perbelanjaan-perbelanjaan ini di Perhimpunan Agong UMNO dalam masa terdekat, atau terus mengheret UMNO dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau.

KEADILAN akan mengaturkan beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penyelewengan dalam pendedahan terbaru ini.

*Kenyataan media oleh Mohd Rafizi Ramli selaku Pengarah Strategi Keadilan. MR
Apa Tajuk Ucapan Shahrizat ni? Korang nilai lah sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular