Keadaan semakin tertekan. Saban hari Perdana Menteri Najib Razak cuba menyambung nyawa untuk terus bertahan pada pilihanraya umum dimana prestasi partinya dijangka merosot. Pemimpin-pemimpin UMNO dilihat cuba untuk menyalahkan DAP kerana memulakan rusuhan perkauman pada 13 Mei.
Antara yang menjadi perhatian pada perhimpunan Umno adalah ucapan Najib dimana dia mengingatkan orang Melayu supaya tidak menjadi terlalu selesa kerana “ada pemimpin pembangkang yang melaungkan slogan berbentuk hinaan kepada orang Melayu yang telah mengakibatkan rusuhan pada 13 Mei." Ada yang merasakan bahawa dia cuba untuk menakutkan orang Cina supaya mereka mengundi BN atau sedang merancangkan sesuatu supaya kekal berkuasa jika partinya kalah pada pilihanraya umum yang akan datang.
Sebenarnya, ayahnya sendiri iaitu Abdul Razak, perdana menteri kedua telah dikatakan menyebabkan berlakunya kejadian 13 Mei dalam usahanya merebut kuasa dari Tunku Abdul Rahman apabila mengambil kesempatan untuk mencetuskan rusuhan di dalam Kuala Lumpur.
Sehingga ke hari ini penganalisa menunjukkan bahawa pembunuhan anehnya hanya berlaku di Kuala Lumpur. Sepatutnya, kejadian berlaku di seluruh tanah air jika benarlah dakwaan Razak bahawa orang Melayu seluruh tanah air marah akibat kaum Cina telah menguasai ekonomi dan menindas orang Melayu.
Takut akan Pakatan
Umum menjangka Najib untuk membubarkan parlimen pada 9 Disember dan mengadakan pilihan raya umum pada bulan Januari.
Sudah ada banyak bukti yang dikumpul Pakatan Rakyat pemimpinan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim akan adanya pengundi hantu dan pembelian undi dilaporkan setiuap hari. Walaupun demikian, ramai yang dijanka akan mengundi pakatan.
Di parlimen pada hari Khamis, pertikaman lidah tercetus apabila ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar menolak kritikan ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang mengutuk TPM Muhyiddin Yassin kerana member ucapan berbaur hasutan pada perhimpunan agong sehari lepas. Kit Siang juga mengkritik Muhyiddin kerana menuduh DAP sebagai anti kepada orang islam.
Dengan pantas, Shamsul cuba membuat pembelaan. Dia menuduh DAP memulakan peristiwa 13 Mei, dimana ribuan orang Cina telah dibubuh oleh pemuda-pemuda UMNO yang membawa parang.
Memang benar. 13 Mei siapa yang mula, siapa yang memulakan? Mei 13, Ipoh Timor. Sapa yang mula? Jerit Shamsul.
Namun begitu, dia mula hilang modal dan mula menjerit-jerit Mei 13, Ipoh Timor dan DAP rasis. Jeritannya mula dilaungkan oleh ahli BN yang lain. Mereka menuduh DAP menipu orang melayu dan menuduh PAS kerana menjadi orang suruhan DAP.
Umno parti kucar-kacir yang dirosakkan oleh pemimpinnya
Bukan sahaja Umno menyelewengkan fakta, kebiadabannya dalam membuat tuduhan memeranjatkan rakyat Malaysia.
Mereka sudah hilang akal. Kaliber ahli-ahli parlimen Umno mengejutkan. Bagaimana mereka menjadi ahli parlimen sedangkan mereka tidak tahu bagaimana bersikap matang dalam debat sivil, ujar Eddie Wong, pemerhati Pakatan Rakyat kepada Malaysia Chronicles.
Sedangkan Najib pula, dia sudah tidak boleh diselamatkan. Dia bakal meninggalkan legasi lidah bercabang, talam dua muka dan tin kosong dengan cakap tak serupa bikin. Bil perhimpunan awam yang baru adalah contoh terbaik sikap hipokritnya.
Bil perhimpunan awam yan diluluskan awal minggu ini dengan Najib mendakwa ianya revolusional dan langkah strategik pembaharuan, telah dikutuk oleh masyarakat sivil termasuk majlis peguam. Pemerhati luar seperti Law Asia, Amnesty Antarabangsa dan Pemerhati Hak Manusia juga telah mengecam rang undang-undang itu sebagai tidak demokrasi. / MC
No comments:
Post a Comment