Friday, December 2, 2011

Satu lagi tahanan di lokap polis meninggal dunia

Dis 2, 2011 Seorang penghuni Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil ditemui meninggal dunia di dalam lokapnya tengah hari, semalam.

Menurut sumber polis lelaki berumur 50 tahun itu ditemui mati oleh rakan selokapnya kira-kira pukul 1.20 tengah hari.

"Rakan lokapnya ingin ajak si mati makan tengah hari namun dilihat sudah meninggal dunia," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas, semalam.

Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, katanya.

Beliau berkata lelaki yang ditahan pada Isnin lalu dan direman keesokan harinya disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.  - Malaysiakini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular