HEBOH media pencacai Umno dok ulang kisah `hitam metalik' yang diucapkan di dalam ceramah seorang pemimpin DAP. Dua tiga hari mereka main isu `hitam metalik' yang kononnya ditujukan kepada `si hitam manis' MB Perak yang naik secara tidak ada maruah itu.
Apa pun, pemimpin DAP tersebut telah memohon maaf di atas ketelanjurannya. Permohonan maaf ini amat sukar dilakukan oleh sesiapa sahaja lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin Umno walaupun mereka berbuat sesuatu yang lebih dahsyat dari sekadar menyebut `hitam metalik'. Ertinya, pemimpin Umno tidak perlu minta maaf sebab mungkin mereka anggap mereka lebih berkuasa dari Tuhan mereka. Siapa pernah dengar pemimpin Umno minta maaf walaupun kepada Sultan, contohnya yang membawa sepanduk dengan perkataaan `Natang' kepada Sultan Terengganu dahulu.
Apabila pemimpin DAP ini menyebut `hitam metalik', maka seluruh pencacai gegak gempita walaupun mereka tahu ada betulnya `hitam metalik' tersebut. Cuba anda tonton video di atas dan bandingkan dengan apa yang disebut oleh pemimpin DAP berkenaan. Mana lebih kurang ajar, biadap dan lebih celaka? Jika pemimpin DAP yang hanya sebut `hitam metalik' pun tahu dan sedar kesilapannya lantas memohon maaf, bagaimana dengan orang celaka dari Melaka di dalam video di atas? Jika dilihat secara zahir, di antara pemimpin DAP itu dengan si celaka di dalam video di atas, mana satu yang nampaknya mirip kepada akhlak Islam? Kalau tanya aku, aku akan jawab adalah lebih baik pemimpin DAP itu diberi taufik dan hidayah dari Allah daripada si celaka laknat dari Melaka tersebut.
Bayangkan, seorang Non Muslim yang hanya sebut `hitam metalik' pun sedar dan tahu nak insaf serta memohon maaf, si celaka yang di dalam video di atas mengaku Islam tapi perangai lebih jahat dari Iblis Laknatullah. Semua ucapannya di atas adalah fitnah yang amat besar ditambah pula dengan gelaran keji dan lucah yang diberikan kepada seorang insan yang tidak pernah sesaat pun lupa kepada Allah.
Malang sungguh ibu si celaka tersebut kerana penat-penat ibunya mengandungkan beliau, bila sudah besar kerana mahu jadi pencacai Umno dan demi sesuap nasi anaknya sanggup menyebut nama `kemaluan' ibunya sendiri iaitu `PU**MAK'. Jelas dia sebut `hak' maknya sendiri. Inilah orang yang kini berada di dalam Umno dan Perkasa yang kononnya mahu berjuang untuk Islam bernama Zahid Md Arip, semoga Allah cabutkan nyawanya dalam penuh kehinaan sekiranya beliau masih mahu hidup hanya untuk menghina Alim Ulamak./wfauzdin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment