Thursday, December 1, 2011

Sharizat melatah nak "BUKAK KAIN"

"Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi."
Projek lembu: Pemimpin PKR diberi amaran keras 

Nov 30, 2011 Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.

Sambil menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli.

"Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya.

Ketika menyampaikan ucapan dasar dalam persidangan Wanita Umno di ibu negara, hari ini, Shahrizat menyifatkan tindakan Zuraida seolah-olah "gajah depan mata tak nampak".

"Ada MP (anggota parlimen) Kelantan, sepatutnya jaga pengundi tetapi sibuk di Kuala Lumpur, tutup pusat khidmat. Tanya Machang," katanya di hadapan lebih 900 perwakilan.

Supaya dilihat konsisten, katanya, Shahrizat juga menggesa Zuraida mendesak Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail meletakkan jawatan.

"Saya gesa ketua wanita gesa presiden PKR letak jawatan atas angkara suaminya ketua umum yang pernah dihukum dan disabit pelbagai angkara," katanya.

Sementara itu, Rafizi (kiri) pula dilabelkan sebagai "si Tanggang muda" berikutan serangan bertali-arus yang ditujukan padanya.

"Anak muda ini, apa namanya? Rafizi? Mafizi? (Dia) adalah si Tanggang muda, sepatutnya belajar dengan ibu-ibu di sini, bukan jadi anak derhaka, jual agama dan bangsa," kata Shahrizat.

Dilihat melepaskan geram di gelanggang sendiri, Shahrizat yang kerap diam menghadapi isu itu menyifatkan penjelasannya hari ini sebagai "mukadimah" sahaja.

"Oh, mentang-mentang saya sapu ketua di zaman krisis, jangan siapa fikir saya lemah walau senyum saya meleret," katanya.

Pada masa yang sama, tanpa menyebut khusus mana-mana pihak, menteri pembangunan wanita itu mengingatkan ahli Umno supaya tidak mengambil mudah peranan wanita dalam parti.

"Kita Wanita tak pernah curang. Tetapi bila kita susah, apakah mereka bantu kita? Adakah mereka setia bersama kita?" soalnya. - Malaysiakini

“Dari awal kita tegaskan isu besar di sini ialah RM250 juta itu wang rakyat dan Sharizat kata dia tiada kaitan. Bagaimana dia boleh kata begitu, sedangkan NFC diterajui suaminya sendiri,”

Skandal NFC: Shahrizat jangan emosi, tapi jawab isu – Zuraida

KUALA LUMPUR 30 Nov: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menasihati Datuk Seri Shahrizat Jalil agar jangan emosi berhubung skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.

Sebaliknya, kata Zuraida, Ketua Wanita Umno itu perlu menjawab segala persoalan mengenai penyelewengan membabitkan dana RM250 juta yang diberikan kepada syarikat berkenaan.

Zuraida ketika membuat laporan polis terhadap NFC 23 November lalu
“Dari awal kita tegaskan isu besar di sini ialah RM250 juta itu wang rakyat dan Sharizat kata dia tiada kaitan.

“Bagaimana dia boleh kata begitu, sedangkan NFC diterajui suaminya sendiri,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Ahli Parlimen Ampang itu diminta mengulas kenyataan penuh emosi Shahrizat dalam perhimpunan Agung Umno yang memberi amaran supaya KEADILAN tidak memainkan isu berkenaan.

Mengulas lanjut, Zuraida sekali lagi menegaskan bahawa NFC memperoleh kontrak Pusat Fidlot Kebangsaan ketika Shahrizat menjadi menteri kabinet, yang menyebabkan berlakunya konflik kepentingan.

“Dari awal kita tegaskan, ini bukan isu peribadi, tapi isunya ialah syarikat keluarga kamu memperolehi tender dengan kamu ketika itu sebagai seorang menteri.

“Kalau dari awal kamu tahu projek itu bakal diserah kepada keluarga, sepatutnya kamu orang pertama menolak kerana berlakunya ‘conflict of interest’ ,” tegasnya.

NFC diluluskan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Selain kegagalan NFC mencapai sasaran penternakan dan memenuhi pasaran daging tempatan, jutaan ringgit dana itu diseleweng syarikat tersebut untuk membeli kondominium mewah di Bangsar.

Malah, suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail selaku Pengerusi Eksekutif NFC mengakui syarikat itu membeli dua unit kondominum bernilai RM13.8 juta.

Sementara itu, KEADILAN akan mengadakan sidang media tergempar bagi menjawab serangan pimpinan Umno berhubung isu itu di lobi parlimen petang ini.

Selain itu, beberapa pendedahan baru dijangka akan dibuat untuk membuktikan berlaku penyelewengan di peringkat tertinggi Umno dalam skandal berkenaan. - KD

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular