Perwakilan Umno tidak minat bahas isu ekonomi-Zabidi Saidi (TheMalaysianinisder)
Semalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno telah mempertimbangkan usul ekonomi yang dibawa oleh wakil Perak, Datuk Idris Hashim. Ketika mencadangkan usul tersebut beliau tidak mengemukakan cara mana kerajaan mahu menurunkan harga barang sebaliknya beliau lebih banyak bercakap hal politik dalam usul tersebut. Beliau bertanya siapa yang buat infrastuktur? Siapa yang beri subsidi minyak? Segala pertanyaannya itu dijawabnya — Umno.
Semalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno telah mempertimbangkan usul ekonomi yang dibawa oleh wakil Perak, Datuk Idris Hashim. Ketika mencadangkan usul tersebut beliau tidak mengemukakan cara mana kerajaan mahu menurunkan harga barang sebaliknya beliau lebih banyak bercakap hal politik dalam usul tersebut. Beliau bertanya siapa yang buat infrastuktur? Siapa yang beri subsidi minyak? Segala pertanyaannya itu dijawabnya — Umno.
Dalam mencadangkan usul seperti ini, perwakilan seharusnya serius mencadangkan bagaimana kerajaan patut menurunkan harga minyak, gula, beras, gandum dan minyak masak. Sepatutnya beliau bertanya adakah cukup dengan pelaksanaan Kedai 1Malaysia sahaja dalam menyelesaikan isu kenaikan harga barang?
Seperti biasa, perwakilan Umno tidak berminat membincangkan usul ekonomi.
Mereka lebih suka mendengar pembahas membawa cerita lucu dan tidak mahu mendengar cerita serius seperti usul ekonomi ini.
Datuk Rosni Aziz dari Pahang mencadangkan pemimpin Umno dilantik sebagai Pengerusi GLC. Benarkah bila orang Umno jadi Pengerusi GLC, orang Melayu mudah ditolong? Cuba tanya Idris yang juga Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sudah banyak mana PNS menolong usahawan Melayu?
Ramai usahawan Melayu kecewa kerana PNS tidak semudah itu memberi pinjaman kepada usahawan Melayu, sebaliknya kroni menteri mudah dapat pinjaman walaupun tiada perniagaan yang mereka buat.
Wakil Sabah, Datuk Hasnor Ayub menceritakan kejayaan kerajaan Sabah mendapat pengiktirafan sijil bersih audit tiga tahun berturut-turut.
Sepatutnya wakil Sabah buat cadangan kepada Umno pusat apa yang mahu dibuat lagi di Sabah dan bukannya menceritakan apa yang dicapai oleh kerajaan Sabah.
Wakil Selangor, Sudirman Rahmat mengingatkan orang Cina jangan takut bila orang Melayu dapat projek kerana mereka juga dapat nikmat. Biasanya orang Melayu akan beri subkontrak kepada orang Cina.
Sementara itu, wakil dari Wilayah Persekutuan, Datuk Azim Zabidi mencadangkan penubuhan Perbadanan Tabung Kampung Baru bagi orang yang tidak bersetuju tanah mereka diambil kerajaan untuk dimajukan.Wakil Wanita, Normala Abdul Samad pula meminta kerajaan melaksanakan segera gaji minimum bagi pekerja-pekerja swasta.
Ketika usul ekonomi dibahaskan, Dewan Merdeka kelihatan kosong.
Ramai perwakilan berada di luar dewan. Mereka tidak berminat mendengar usul serius ini dibahaskan apatah lagi mereka tidak dapat gelak-ketawa seperti mana usul politik yang mana pembahasnya banyak mengelaurkan cerita lucu.-M'insider
Kenapa tak cakap balai polis, balai bomba ,JPJ, Puspakom,JKR Umno buat ha ha.Gila memang gila.Ini yang ditanam dalam fikiran orang Melayu sejak dahulu kala.Tidakkah syirik dan rosak akidah bertuhankan kebendaan Umno?Tidakkah rosak akidah bila berkata tanpa Umno Melayu punah, Melayu merempat?Bodoh sangatkah kita yang belajar agama, yang ada pendidikan dalam dunia tanpa sempadan nak percaya agenda karut marut Umno ni?Awat tak kata sama pusat judi, rumah jalang,kedai tikam nombor ekor Umno yang buat?
Kasihan memang kasihan dalam dunia yang dah tua ini masih ramai orang Melayu bertuhankan kebendaan Umno.Perwakilan tahap fikiran apa la sampai di tengah kota Kuala Lumpur nak bodohkan orang Melayu.Adakah kebendaan ni nak diberitahu kepada Mat Bangla, Mat Myanmar, Mat Indon yang dapat IC? Ha ha..Kalau semua Umno buat, buat apa kutip cukai jalan, cukai pintu , cukai pendapatan, cukai kastam, cukai makan di restoran makanan segera?
Kenapa perwakilan tak minat bincang pasal ekonomi?Perwakilan Umno semua orang berduit.Semua tidur di hotel-hotel mewah di Kuala Lumpur mana ada yang tidur di masjid dan surau.Kalau ada yang kena tidur di masjid mampoih depa tak mai PWTC.Semua datang dengan kereta mewah dan besar.Depa bukan orang susah buat apa nak bincang hal ekonomi orang Melayu.Janji perut sendiri kenyang sudah la. MISAIMERAH
No comments:
Post a Comment