JUMAAT, 02 DISEMBER 2011 Seramai 1,394 orang guru kelas agama dan fardu ain (Kafa) seluruh Pulau Pinang senyum lebar apabila mendapat lagi imbuhan RM300 seorang daripada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
Pemberian itu sekaligus melengkapkan janji bonus RM600 kepada guru-guru Kafa seperti yang dijanjikan. Ia sebagai tanda penghargaan kepada tenaga dan pengorbanan warga pendidik yang yang telah mendidik anak-anak bangsa untuk menjadi insan yang berguna pada negara.
Bayaran awal RM300 sebelum ini dibayar sebelum menjelang Aidil Fitri lalu. Kerajaan negeri membelanjakan lebih RM500,000 untuk tujuan itu.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, ramai antara mereka berkata, walaupun beliau bukan Islam namun tidak jemu-jemu memastikan para guru Kafa diberikan perhatian sewajarnya.
Semasa ditemui ada yang menggangap pemberian itu satu petanda bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tetap mengutamakan pendidikan Islam berbanding di era Barisan Nasional (BN) yang menganak tirikan persekolahan yang berteraskan Islam.
Seorang guru Kafa dari Sungai Dua, Tasek Gelugor, Puan Fatimah Ismail memberitahu langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri sekarang amat sesuai tambahan lagi di waktu penghujung tahun.
"Apa yang Kerajaan Negeri berikan kami ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Banyak kami boleh gunakan terutamanya di penghujung tahun," ujarnya. PenangDaily
No comments:
Post a Comment