Friday, December 2, 2011

Video : 200 buah kereta ditenggelami banjir di Kajang, terburuk sejak 1971

banjir9 mangsa banjir di Kajang termasuk 3 warga emas diselamat

December 2, 2011 KUALA LUMPUR - Sembilan mangsa banjir termasuk tiga warga emas di Kajang berjaya diselamatkan apabila rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata mangsa berada di rumah ketika air mula menaiki rumah mereka.

"Kesemua mangsa kita selamatkan di kawasan perumahan di Kampung Sungai Kantan dan Jalan Kelapa di mana mereka tidak sempat melarikan diri bila banjir berlaku," katanya ketika dihubungi.

Beberapa kawasan di Kajang dilanda banjir kilat selepas hujan lebat kira-kira 4 petang tadi.

Kawasan yang terlibat ialah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, Pasar Besar Kajang, Jalan Jeluk, Sungai Kantan, Jalan Semenyih dan Jalan Kelapa.

Mohamad Sani berkata di Sungai Kantan, air naik setinggi 1.5 meter manakala di tempat lain pada paras paha.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 3.51 petang sebelum sampai dalam masa 10 minit bersama 14 anggota termasuk pegawai dari balai Kajang dan Cheras.

"Banjir surut kira-kira dua jam kemudian. Beberapa buah kereta serta motosikal rosak akibat ditenggelami air banjir," katanya. - SH

200 kereta tenggelam dalam banjir di Kajang

Dis 2, 2011 Kira-kira 200 buah kereta ditenggelami banjir yang melanda bandar Kajang petang tadi.

ADUN Kajang, Lee Kim Sin berkata banjir sedalam dua hingga tiga kaki itu akibat hujan lebat selama beberapa jam petang tadi.

Banjir yang menurut Lee yang terburuk sejak 1971 telah menenggelamikan satu perempat bandar Kajang.

Katanya, air banjir turut menenggelamkan tempat letak kereta bawah tanah di pusat membeli-belah Plaza Metro, yang dipercayai membabitkan kira-kira 20 kereta.

Keretapi Tanah Melayu Berhad turut menghentikan perkhidmatan komuter ke bandar itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan, sembilan mangsa banjir termasuk tiga warga emas di Kajang berjaya diselamatkan apabila rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata mangsa berada di rumah ketika air mula menaiki rumah mereka.

"Kesemua mangsa kita selamatkan di kawasan perumahan di Kampung Sungai Kantan dan Jalan Kelapa di mana mereka tidak sempat melarikan diri bila banjir berlaku," katanya ketika dihubungi.

Beberapa kawasan di Kajang dilanda banjir kilat selepas hujan lebat kira-kira 4 petang tadi.

Kawasan yang terlibat ialah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, Pasar Besar Kajang, Jalan Jeluk, Sungai Kantan, Jalan Semenyih dan Jalan Kelapa.

Mohamad Sani berkata di Sungai Kantan, air naik setinggi 1.5 meter manakala di tempat lain pada paras paha.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 3.51 petang sebelum sampai dalam masa 10 minit bersama 14 anggota termasuk pegawai dari balai Kajang dan Cheras.

"Banjir surut kira-kira dua jam kemudian. Beberapa buah kereta serta motosikal rosak akibat ditenggelami air banjir," katanya. Mk

Kajang tenggelam 1 meter
KEADAAN selepas air surut banjir besar Pekan Kajang. Foto: Yong Chee Choong (02/12/2011)
KEADAAN selepas air surut banjir besar Pekan Kajang. Foto: Yong Chee Choong (02/12/2011)

KAJANG: Akibat hujan lebat yang berterusan kira-kira 10 minit, Pekan Kajang sudah dibanjiri air separas satu meter dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, berkata sebahagian daripada pekan berkenaan termasuk Jalan Bukit, Jalan Reko, Jalan Semenyih, Jalan Kg Sg Kantan dan Jalan Sg Jelok dibanjiri air separas pinggang.

Menurutnya, ia adalah berikutan dari air dari Sungai Gantan, Sungai Langat dan Sungai Semenyih melimpah keluar dan mengalir ke kawasan bandar.

Katanya, akibat daripada kejadian itu, beberapa kenderaan yang diletakkan di tepi jalan di kawasan bandar ditenggelami air dan premis perniagaan turut ditutup untuk sementara waktu.

“Bagaimanapun, katanya, tiada langkah pemindahan penduduk dilakukan kerana air surut dengan cepat,” katanya. HM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular